Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan berkata, setakat jam 7 pagi pada Rabu, kesemua mangsa itu melibatkan 5,466 keluarga di lapan jajahan.
"Jajahan terjejas ketika ini ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.
"Daripada jumlah itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 12,791 orang, diikuti Kuala Krai (2,383), Tanah Merah (1,216), Machang (204), Gua Musang (95), Jeli (82), Kota Bharu (42) dan Pasir Puteh (39)," katanya pada Rabu.
Menurut sekretariat itu lagi, dua batang sungai iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Rantau Panjang) yang masih melepasi paras bahaya.
Ujarnya, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (Kota Bharu) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) melepasi tahap amaran.
Lain-lain sungai utama berada di paras normal kecuali Sungai Nal (Kuala Krai) dan Empangan Bukit Kwong (Rantau Panjang) menunjukkan bacaan di tahap berjaga-jaga.
Sementara itu, beberapa kawasan di Tumpat mula ditenggelami banjir, namun setakat ini tiada mangsa yang dipindahkan ke PPS. - Sinar Harian