KUALA KRAI: Penduduk yang tinggal di sepanjang tiga sungai utama di negeri ini dijangka dilanda banjir bermula jam 2 pagi pada Isnin ini.

Antara sungai yang terlibat ialah Galas, Nal dan Kelantan meliputi jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Tumpat.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan memberitahu kawasan yang terlibat ialah di Sungai Galas (Kuala Krai) iaitu kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer (km) di sekitar Kampung Dabong, Kemubu, Kuala Gris dan Biak.

Di Sungai Kelantan (Kuala Krai) pula meliputi kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan 5 km di sekitar Kuala Krai, Kampung Batu Lada, Guchil, Dusun Nyiour, Manek Urai, Mesek, Temiang, Manjor, Budi dan Aur Duri.

Bagi Sungai Nal (Kuala Krai) pula kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan 5 km di sekitar Kampung Pasir Jering dan Kebun Pisang.

Sungai Kelantan (Tumpat) di Kampung Kok Majid, Sungai Pinang, Laut dan Belimbing.

Sementara di jajahan Pasir Mas kawasan rendah yang dijangka dilanda banjir dalam lingkungan 5 km di sekitar Kampung Tendong, Sakar, Kubang Pak Amin, dan Tok Buak.

Di Machang pula, kawasan rendah yang akan dilanda banjir dalam lingkungan 5 km Kampung Temangan Lama, Temangan dan Pasir Senor.

Sementara kawasan rendah dalam lingkungan 5km yang akan ditenggelami banjir ialah Kelaweh, Taman Kiara dan Bandar Tanah Merah. - Sinar Harian