KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus mencatat peningkatan, manakala situasi banjir di Perak semakin pulih malam ini.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 210 mangsa daripada 68 keluarga malam ini berbanding 107 orang daripada 34 keluarga pagi tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kota Setar menyaksikan pertambahan jumlah mangsa.
"PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah menyaksikan pertambahan mangsa masing-masing kepada 85 dan 94 orang setakat 8 malam ini susulan hujan lebat petang tadi.
"PPS itu dibuka pada Isnin lepas berikutan hujan lebat selama tiga jam menyebabkan banjir di beberapa kawasan antaranya Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Keong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak di daerah tersebut," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Selain itu, beliau berkata satu lagi PPS dibuka di Kota Setar iaitu SK Taman Aman yang dibuka pada 5 petang tadi, namun jumlah mangsa yang dipindahkan ke situ masih dalam bancian.
Keadaan berbeza di PERAK, apabila mangsa banjir di tiga daerah pada malam ini terus berkurang kepada 187 orang daripada 54 keluarga berbanding 217 orang daripada 62 keluarga pagi tadi, dengan dua PPS ditutup lewat petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Chikus ditutup sepenuhnya pada 6.30 petang, manakala PPS Dewan Orang Ramai Sri Kinta ditutup pada 7 malam.
Menurut kenyataan itu, empat PPS masih beroperasi iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak dengan 98 mangsa daripada 29 keluarga.
"Di Kerian pula masih kekal dengan 23 orang daripada empat keluarga berlindung di PPS SK Changkat Lobak, manakala jumlah mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu juga kekal 57 orang daripada 19 keluarga," menurut kenyataan itu.
Sekretariat itu memaklumkan di daerah Kinta pula, sembilan orang daripada dua keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
![Mangsa banjir di Kedah meningkat, di Perak menurun malam ini Mangsa banjir di Kedah meningkat, di Perak menurun malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700060838_MangsabanjirBagan.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus mencatat peningkatan, manakala situasi banjir di Perak semakin pulih malam ini. - Bernama
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719971161_banjirpenampangs.jpg)
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
![Banjir Sabah: 474 mangsa masih berlindung di empat PPS pagi ini Banjir Sabah: 474 mangsa masih berlindung di empat PPS pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719971161_banjirpenampangs.jpg)
Banjir Sabah: 474 mangsa masih berlindung di empat PPS pagi ini
Sebanyak 474 orang daripada 144 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara yang diaktifkan di daerah terjejas banjir di Sabah, pagi ini.
![Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719761555_Ewonberibantuanse.jpg)
Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang
Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick malam ini menyalurkan bantuan segera RM20,000 bagi membantu mangsa banjir di Penampang.
![Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719194948_tbBanjirMembakut.jpg)
Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, semua mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon, Beaufort.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708248058_banjir.jpg)
Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini
Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi.
![UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716091256_tbstreetflooded.jpg)
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
![Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715946196_BanjirPerak.jpg)
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
![Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151 Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715914429_BrazilBeiraRiostad.jpg)
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
![Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715906039_KEDAH.jpg)
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.