Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, mangsa melibatkan 31 keluarga, di daerah Kulim dan Bandar Baharu, dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Dua PPS diaktifkan adalah di Sekolah Menengah Agama Al Ihsaniah, Jangkang di daerah Kulim dan di Masjid Sungai Batu di Bandar Baharu.
“Dua daerah itu masing-masing dibuka bermula tengah malam tadi dan awal pagi hari ini selepas kediaman mereka tidak selamat untuk didiami.
“Air naik dengan cepat susulan hujan lebat sejak petang semalam memasuki kediaman penduduk sehingga mencecah hampir satu meter dan anggota mengambil tindakan pantas mengeluarkan mereka untuk di bawa ke PPS.
"Setakat jam 7 pagi ini anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut melakukan pemantauan di lokasi yang berpotensi dinaiki air dan ‘trend’ air di sungai utama menunjukkan makin meningkat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Amirul Aliff turut menasihati penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan berisiko dinaiki air supaya melakukan persediaan dan segera berpindah sekiranya arahan dikeluarkan.