ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 207 orang daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang setakat 8 malam ini.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak 188 orang daripada 42 keluarga berada di PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah manakala 19 orang daripada tujuh keluarga berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran setakat 8 malam ini paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi paras bahaya iaitu 22.47 meter manakala sungai lain di Kedah berada pada paras normal.

-- BERNAMA