Tidak terdapat bukti yang menyokong bahawa pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sengaja dijunamkan ke laut, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai usaha mencari MH370 di dasar laut selatan Lautan Hindi, merumuskan suatu teori bahawa pesawat itu berada dalam 'keadaan tidak dikawal ketika mendarat di air'.
"Ini mematahkan teori bahawa ia berada dalam 'keadaan dikawal' yang disiarkan baru-baru ini," katanya merujuk kepada laporan yang memetik seorang penyiasat nahas udara bahawa MH370 dengan sengaja dijunamkan ke laut.
BACA: Pesawat MH370 menjunam pada kelajuan hampir 400km sejam pada saat terakhir
BACA: Maklumat simulator tidak dedahkan apa yang berlaku dalam kehilangan pesawat
BACA: Australia tolak laporan mengenai siasatan FBI ke atas juruterbang MH370
Perkara itu berdasarkan keadaan hakisan pada tepi bahagian sayap yang dijumpai.
Laporan berkenaan membuat andaian bahawa bahagian dikenali sebagai flaperon itu hanya boleh dikembangkan oleh juruterbang yang mengawal sepenuhnya sesuatu pesawat.
- Simulator bukan bukti -
Mengenai simulator penerbangan di rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, Liow berkata laluan penerbangan ke selatan Lautan Hindi yang diperoleh daripada simulator itu hanya satu daripada beribu-ribu laluan yang terdapat di dalamnya.
"Tidak ada keterangan untuk membuktikan bahawa Kapten Zaharie menerbangkan pesawat berkenaan di kawasan itu. Simulator berkenaan digunakan juruterbang itu untuk tujuan cuba-cuba di banyak kawasan.
Terdapat banyak simulasi ke pelbagai destinasi.
"Memang terdapat simulasi menunjukkan ia terbang ke banyak bahagian dunia dan tempat itu (selatan Lautan Hindi) adalah satu daripadanya. Kami tidak boleh buat pengesahan berdasarkan perkara itu," katanya.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada 8 Mac 2014.
Pesawat itu belum dijumpai walaupun gerakan mencari secara besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan ia dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asal.
Pada 22 Julai, Malaysia, China dan Australia bersetuju menggantung dan bukan menamatkan usaha mencari Penerbangan MH370 selepas gerakan mencarinya selesai dilakukan di kawasan keutamaan seluas 120,000 kilometer persegi, yang mungkin dapat disempurnakan pada Oktober atau Disember ini.
Mengenai flaperon yang dijumpai di La Reunion Island pada Julai tahun lepas, Liow berkata pihak berkuasa Perancis bertegas mereka ingin menyimpannya untuk keterangan di mahkamah.
"Sementara itu, pihak berkuasa Perancis masih menjalankan penyiasatan serta dalam proses membuat pengesahan lanjut tentang flaperon berkenaan dan sedang menunggu beberapa dokumen serta maklumat daripada beberapa pihak berkuasa, termasuk Boeing.
"Pihak berkuasa Perancis memang mempunyai hak untuk menyimpan flaperon itu, tetapi kami mahu ia dipulangkan kepada Malaysia," katanya sambil menambah bahawa tiada tempoh masa ditetapkan untuk pihak berkuasa Perancis berbuat demikian.
Bernama
Thu Aug 04 2016
![Mana bukti pesawat MH370 sengaja dijunamkan ke laut? - Liow Mana bukti pesawat MH370 sengaja dijunamkan ke laut? - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81469191885_MHLiowTiongLa.jpg)
Menurut Liow, ATSB Australia merumuskan suatu teori bahawa pesawat itu berada dalam 'keadaan tidak dikawal ketika mendarat di air'. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Petunjuk baharu MH370: MOT akan bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Petunjuk baharu MH370: MOT akan bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645184685_950x600.jpg)
Petunjuk baharu MH370: MOT akan bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia
"Sebarang perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai."
![Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61543310544_PILOT.jpg)
Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur
Seorang juruterbang tersasar lokasi pendaratan hampir 50 kilometer (KM) ketika penerbangan carter selepas beliau dipercayai tertidur.
![ATSB tolak penemuan terbaharu MH370 oleh penyiasat nahas Kanada ATSB tolak penemuan terbaharu MH370 oleh penyiasat nahas Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526994384_PETERFOLEY.jpg)
ATSB tolak penemuan terbaharu MH370 oleh penyiasat nahas Kanada
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ATSB tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat dalam laporan terbaharu misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.
![Bangkai kapal yang ditemui dalam operasi mencari pesawat MH370 dikenal pasti Bangkai kapal yang ditemui dalam operasi mencari pesawat MH370 dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525345766_shipwreck.jpg)
Bangkai kapal yang ditemui dalam operasi mencari pesawat MH370 dikenal pasti
Kedua-duanya adalah kapal dagang kurun ke-19 yang membawa muatan bahan bakar arang, dengan setiap satunya membawa 30 orang anak kapal.
![Ocean Infinity masih gagal imbas MH370 Ocean Infinity masih gagal imbas MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525187250_MHfugrodiscov.jpg)
Ocean Infinity masih gagal imbas MH370
Ocean Infinity melaporkan, sudah mengimbas sehingga 1,300 kilometer persegi kawasan sehari sejak melancarkan misi di pantai barat Australia.
![MH370: 'Serpihan masih ditemui' - Kok Soo Chon MH370: 'Serpihan masih ditemui' - Kok Soo Chon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520490530_950x600.jpg)
MH370: 'Serpihan masih ditemui' - Kok Soo Chon
Pencarian pesawat MMH370 di tenggara pesisir pantai benua Afrika dan pulau-pulau berdekatan, menemui beberapa lagi serpihan.
![DCA kaji laporan akhir ATSB mengenai kehilangan MH370 - Liow DCA kaji laporan akhir ATSB mengenai kehilangan MH370 - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71499936602_LiowTiongLai.jpg)
DCA kaji laporan akhir ATSB mengenai kehilangan MH370 - Liow
Malaysia memerlukan petunjuk baharu yang boleh percaya sebelum memulakan usaha baharu pencarian bagi pesawat malang itu.
![Operasi mencari MH370 tamat dalam tempoh dua minggu Operasi mencari MH370 tamat dalam tempoh dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71478964039_950x600.jpg)
Operasi mencari MH370 tamat dalam tempoh dua minggu
Operasi mencari pesawat MH370 bakal ditamatkan dalam tempoh dua minggu.
![Laporan ATSB: Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu Laporan ATSB: Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41444726825_SelamatOmar.jpg)
Laporan ATSB: Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian semasa, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat.
![MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarian - ATSB MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarian - ATSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51438942021_950x600.jpg)
MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarian - ATSB
ATSB yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.