Operasi mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bakal ditamatkan dalam tempoh dua minggu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, operasi mencari kini hampir melengkapi fasa terakhir.
Misi pencarian diketuai Australia meliputi 120,000 kilometer persegi membabitkan kos RM650 juta yang ditanggung oleh tiga negara Malaysia, Australia dan China.
Liow berkata, langkah seterusnya bagi operasi itu akan ditentukan dalam mesyuarat khas bersama menteri tiga negara sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
"Malaysia, Australia dan China komited untuk kita habiskan misi pencarian kita di kawasan 120 ribu kilometer persegi dan kita dalam peringkat terakhir sekarang.
"Hanya tinggal lebih kurang satu atau dua minggu lagi kita akan selesai siap mencari dan apabila siap nanti kita akan buat laporan dan maklum kepada semua", katanya selepas Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Sungai Besi disini.
BACA: MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarian - ATSB
BACA: Laporan ATSB: Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu
Beliau juga berkata laporan penuh akan didedahkan kepada umum yang dimuat naik di laman sesawang Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
"Misi pencarian akan tamat tidak lama lagi dan selepas itu laporan operasi pencarian akan dikeluarkan secara online. Sebarang keputusan berdasarkan laporan itu akan dibuat kemudian," katanya.
Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.
Anthea Yap
Fri Jan 06 2017

TIONG LAI: Operasi mencari pesawat MH370 bakal ditamatkan dalam tempoh dua minggu. - Gambar fail
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Petunjuk baharu MH370: MOT akan bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia
"Sebarang perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai."

Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur
Seorang juruterbang tersasar lokasi pendaratan hampir 50 kilometer (KM) ketika penerbangan carter selepas beliau dipercayai tertidur.

ATSB tolak penemuan terbaharu MH370 oleh penyiasat nahas Kanada
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ATSB tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat dalam laporan terbaharu misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Bangkai kapal yang ditemui dalam operasi mencari pesawat MH370 dikenal pasti
Kedua-duanya adalah kapal dagang kurun ke-19 yang membawa muatan bahan bakar arang, dengan setiap satunya membawa 30 orang anak kapal.

Ocean Infinity masih gagal imbas MH370
Ocean Infinity melaporkan, sudah mengimbas sehingga 1,300 kilometer persegi kawasan sehari sejak melancarkan misi di pantai barat Australia.

MH370: 'Serpihan masih ditemui' - Kok Soo Chon
Pencarian pesawat MMH370 di tenggara pesisir pantai benua Afrika dan pulau-pulau berdekatan, menemui beberapa lagi serpihan.

DCA kaji laporan akhir ATSB mengenai kehilangan MH370 - Liow
Malaysia memerlukan petunjuk baharu yang boleh percaya sebelum memulakan usaha baharu pencarian bagi pesawat malang itu.

Operasi mencari MH370 tamat dalam tempoh dua minggu
Operasi mencari pesawat MH370 bakal ditamatkan dalam tempoh dua minggu.

Laporan ATSB: Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian semasa, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat.

MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarian - ATSB
ATSB yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.