SINGAPURA: Malaysia yang stabil dan makmur baik untuk Singapura dan rantau ini, kata Menteri Luar republik itu Vivian Balakrishnan.
Balakrishnan berkata demikian di Parlimen hari ini sebagai menjawab pertanyaan, antara lain, adakah keadaan politik semasa di Malaysia memberi implikasi terhadap Singapura.
"Kerajaan Singapura mengikuti rapat perkembangan di Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa "Pendirian Singapura adalah konsisten iaitu bekerja dengan kerajaan hari ini (government of the day)."
Menteri itu menyatakan bahawa Singapura dan Malaysia akan sentiasa saling berkaitan dan bergantung.
"Kami komited untuk terlibat dan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia yang baharu untuk memperoleh hasil dan manfaat bersama bagi jangka panjang.
"Ini sangat penting agar kedua-dua negara kita dapat pulih daripada pandemik COVID-19 dan menjadi lebih kuat," katanya.
Beliau turut yakin bahawa kerjasama dua hala akan terus berkembang demi kepentingan rakyat kedua-dua negara.
Balakrishnan berkata pemimpin Singapura sudahpun mengenali Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob, dan anggota Kabinetnya.
"Dan selama ini telah bekerjasama dengan mereka dalam pelbagai isu dua hala dan serantau," katanya.
Balakrishnan berkata beliau dan Ismail Sabri saling mengenali sejak mereka berdua menjadi Menteri Belia dan Sukan.
"Kami juga ada bertemu ketika lawatan saya ke Malaysia pada Mac tahun ini dan membincangkan langkah keselamatan COVID-19 dan pengaturan perjalanan rentas sempadan.
"Saya juga mengenai rakan sejawat saya, Datuk Saifuddin Abdullah. Kami bekerjasama rapat ketika memegang portfolio Hal Ehwal Luar Negeri antara 2018 dan 2020," katanya.
Selain kepemimpinan politik, Balakrishnan berkata kedua-dua negara juga menjalin hubungan dan komunikasi yang baik di peringkat Pegawai Awam.
Balakrishnan menekankan bahawa Singapura tetap komited untuk mengekalkan hubungan yang konstruktif dan positif dengan kerajaan Malaysia.
"Kami juga akan meneruskan kerjasama dan komitmen atau projek dua hala," katanya.
Beliau memberitahu Parlimen bahawa Singapura telah menjalin hubungan baik dengan kerajaan dan pemimpin Malaysia dan bekerjasama dengan baik dalam pelbagai bidang.
Menteri itu menyatakan mereka bertindak pantas pada awal pandemik COVID-19 dengan menubuhkan jawatankuasa kerja khas Singapura-Malaysia untuk menyelaras langkah-langkah keselamatan kedua-dua negara bagi meminimumkan gangguan terhadap syarikat, pekerja, dan rakyat.
Balakrishnan berkata beberapa pengaturan perjalanan termasuk pergerakan trak kargo, Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) untuk pekerja, dan kerangka lawatan kecemasan atas sebab kematian serta penyakit kriktikal juga dilancarkan.
"Pengaturan perjalanan ini sudah pasti akan diteruskan," katanya.
Beliau turut ditanya bagaimana kerajaan Singapura akan terus maju menerusi pelbagai perkongsian dua hala dengan Malaysia seperti projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dan langkah-langkah kawalan sempadan COVID-19.
Menjawab mengenai projek RTS Link, beliau berkata pembinaan "telah dimulakan oleh kedua-dua pihak dan menunjukkan kemajuan yang baik."
Katanya, projek itu akan menjadi pengubah keadaan apabila ia beroperasi pada akhir 2026, dan "kami berharap ia dapat memperkukuh lagi hubungan antara Singapura dan Johor Bahru, selain mengurangkan kesesakan di tambak."
Singapura dan Malaysia sepakat untuk menyambung semula projek RTS Link pada Julai tahun lalu.
Sementara itu, mengenai langkah-langkah kawalan sempadan COVID-19, menurutnya: "Kami terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia mengenai keselamatan dan membuka semula sempadan secara beransur-ansur, memandangkan kita akan memasuki fasa endemik."
"Ini memerlukan Protokol Kesihatan Awam yang dipersetujui bersama untuk memelihara kesihatan awam dan keselamatan penduduk di kedua-dua negara sambil mengambil kira, misalnya sumber perubatan yang ada," katanya.
Balakrishnan berkata kini kedua-dua pihak sedang berusaha ke arah mengiktiraf sijil vaksin masing-masing.
"Perbincangan berhasil dan menunjukkan kemajuan yang baik, ini tentunya akan membantu kita menentukan hala tuju kita untuk membuka semula sempadan negara dengan selamat apabila keadaan mengizinkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021

Vivian Balakrishnan menekankan bahawa Singapura tetap komited untuk mengekalkan hubungan yang konstruktif dan positif dengan kerajaan Malaysia. - Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.