Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mendapat manfaat daripada kerjasama yang lebih erat dalam kewangan Islam, "dalam semua aspek daripada pendidikan kepada sukuk", kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata Malaysia merintis pembangunan pasaran sukuk global dengan pelancaran sukuk global berdaulat dengan tempoh lima tahun yang pertama bernilai US$600 juta pada 2002.
"Sejak itu, pasaran sukuk kami mencatat pertumbuhan luar biasa, dengan Malaysia kukuh sebagai satu daripada penerbit sukuk yang terbesar," katanya pada mesyuarat meja bulat dengan pelabur UAE di sini, Rabu.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan bahawa pasaran sukuk Malaysia adalah yang terbesar di dunia. Pada separuh pertama 2014, Malaysia menyumbang 63 peratus daripada jumlah terbitan baharu global dan "ia kekal sebagai satu-satunya pasaran dengan lebih US$100 bilion daripada sukuk global," katanya.
Najib berkata selama lebih 30 tahun, Malaysia telah membangunkan pasaran kewangan Islam yang sofistikated.
Memetik Laporan Daya Saing Islam Dunia 2013-2014, Najib berkata aset perbankan Islam antarabangsa Malaysia dijangka mencecah US$390 bilion menjelang 2018.
Dengan peluang menarik bagi institusi global, pelabur dan penerbit, banyak institusi kewangan antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan perbankan Islam mereka.
Al-Rajhi Bank, Kuwait Finance House dan Alkhair International Islamic Bank adalah hanya beberapa daripada nama-nama besar yang mempunyai operasi yang kukuh di Malaysia, katanya.
"Pelbagai produk kewangan Islam yang ditawarkan di Malaysia terus meluas. Industri kewangan patuh Syariah kami yang kukuh menawarkan hubungan pasaran yang komprehensif," kata Najib.
Mesyuarat meja bulat itu merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, diadakan sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri DrIr Jamaluddin Mohd Jarjis.
Najib, yang juga Penaung Yayasan WIEF, berada di sini bagi lawatan kerja selama tiga hari yang dijadual berakhir pada Khamis.
Bernama
Wed Oct 29 2014

NAJIB: Aset perbankan Islam antarabangsa Malaysia dijangka mencecah US$390 bilion menjelang 2018. -Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.

Jokowi lawat Kuching bulan depan
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dijadual berada di bandaraya Kuching selama dua hari bermula 21 hingga 22 November depan.

WIEF jadi platform pupuk perkongsian kukuh di kalangan negara Islam
WIEF2015 telah berkembang sebagai platform untuk memupuk perkongsian yang lebih kukuh di kalangan negara Islam di samping komuniti antarabangsa yang meluas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

'Tidak komen mengenai UMNO, bukan makna saya takut' - Musa Hitam
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menegaskan beliau tidak pernah takut untuk memberi komen mengenai isu membabitkan parti itu.

Satu mata wang untuk negara-negara Islam tidak relevan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pendekatan satu mata wang untuk negara-negara Islam tidak sesuai dilaksanakan buat masa sekarang.

Malaysia, UAE raih manfaat melalui kerjasama dalam kewangan Islam - Najib
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu akan mendapat manfaat daripada kerjasama yang lebih erat dalam kewangan Islam.

Hubungan perdagangan dua hala M'sia-UAE terus kukuh - Najib
Perdana Menteri berkata hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu akan terus kukuh.

Najib ketuai delegasi Malaysia ke WIEF ke-10 di Dubai
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10 di Dubai.