KUALA LUMPUR: Kemasukan pekerja asing dalam sektor perladangan sawit masih menunggu pertimbangan daripada negara sumber iaitu Indonesia, kata Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).
Timbalan Menterinya Datuk Willie Mongin berkata, pada perbincangan dengan kerajaan Indonesia baru-baru ini, kementerian mendapati negara tersebut masih dalam pertimbangan untuk membawa masuk pekerjanya ke negara ini walaupun telah bersetuju sebelum ini.
"Keutamaan Indonesia adalah untuk memuktamadkan memorandum persefahaman berhubung pengambilan dan perlindungan perkhidmatan domestik Indonesia (PDI) di negara ini terlebih dahulu.
"Itulah yang saya katakan bahawa kita bergantung kepada pekerja asing tetapi juga bergantung kepada negara sumber yang mempunyai persetujuan untuk menghantar pekerja mereka ke negara kita," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) berhubung kekurangan kemasukan pekerja asing dalam sektor perladangan sawit.
Willie menambah halangan tersebut bukan sahaja merugikan industri sawit tetapi juga membawa kerugian kepada pendapatan kerajaan.
Beliau berharap proses kemasukan pekerja asing dalam perladangan sawit dapat dipercepatkan bagi mengatasi masalah kerugian yang dialami sektor berkenaan.
Menjawab soalan Nga mengenai anggaran kerugian disebabkan kekurangan penuai dan pemungut buah tandan segar (BTS), Willie berkata pada Ogos 2021, kekurangan penuai dan pemungut BTS ialah seramai 25,471 orang.
Dengan purata produktiviti penuai dan pemungut iaitu 2 tan BTS sehari bagi setiap penuai dan pemungut, jumlah BTS yang tidak dapat dituai adalah sebanyak 50,942 sehari.
"Mengambil kira bilangan hari bekerja iaitu selama 26 hari sebulan, jumlah anggaran BTS yang tidak dapat dituai adalah sebanyak 1.3 juta tan sebulan yang menyamai 15.9 juta tan BTS setahun," katanya.
Beliau berkata dengan purata harga kehilangan minyak sawit mentah (MSM) RM4,555 setan metrik, nilai kerugian akibat kekurangan guna tenaga pada Ogos 2021 adalah sebanyak RM14 bilion setahun.
Anggaran jumlah kerugian itu telah meningkat sebanyak 56 peratus dan lebih 100 peratus berbanding tahun 2020 dan 2019, di mana jumlah kerugian ekoran daripada masalah kekurangan guna tenaga bagi tahun tersebut masing-masing dianggarkan sebanyak RM9 bilion dan RM6 billion setahun.
Sebelum ini, pada Oktober 2021 - Menteri KPPK Datuk Zuraida Kamaruddin berkata Malaysia bakal menerima 32,000 pekerja asing dalam sektor perladangan sawit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Malaysia juga bergantung kepada negara sumber yang mempunyai persetujuan untuk menghantar pekerja mereka ke negara ini. - Gambar hiasan
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
SPRM tahan dua penguat kuasa minta rasuah lindung pekerja asing
SPRM menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki meminta rasuah sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja warga asing di Sri Aman, Sarawak, semalam.
MoU baharu atasi masalah ketidaktelusan, eksploitasi pengambilan pekerja - Steven Sim
Steven Sim menjelaskan pemeteraian MoU mengenai pengambilan pekerja asing dari India bukan bertujuan untuk menambah kemasukan.
11 pekerja asing ditahan dalam Ops Selera
Sebanyak 27 pengendali makanan diperiksa sebelum 11 pekerja berusia 25 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.
APMM Selangor tahan bot, empat kru warga asing langgar syarat sah lesen
APMM Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama empat kru warga asing kerana melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Sekinchan, Selangor, semalam.
Perkeso lancar Ops Kesan Ke-15
Perkeso melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
KSN ketuai jawatankuasa perhalusi terma dan syarat kontrak Bestinet
Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi membincangkan terma dan syarat kontrak Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) susulan keputusan dasar Kabinet untuk melanjutkan kontrak syarikat itu.
Kilang bateri terbakar di Korea Selatan, 22 maut, 3 cedera
Sekurang-kurangnya 22 individu maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kilang pembuatan bateri utama di selatan Seoul, terbakar pada Isnin.
Profesion penjaga warga emas perlu diiktiraf, kurangkan kebergantungan pekerja asing
Profesion sebagai penjaga warga emas perlu diiktiraf bagi menggalakkan rakyat tempatan menjadikannya kerjaya sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan pusat penjagaan terhadap pekerja asing.
Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing
Kawasan perumahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Indonesia itu diserbu hasil risikan selama tiga bulan oleh JIM.
Pemaju projek mega di Sarawak disaran bangunkan CLQ
Pemaju projek mega di Sarawak disaran melaksanakan konsep bersepadu pengurusan pembinaan dengan membangunkan kuarters buruh berpusat (CLQ) yang menempatkan kakitangan pengurusan dan pekerja.