Malaysia tetap meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Korea Utara dan tidak akan bertindak menutup kedutaan di negara itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga berharap Pyongyang mengambil tindakan sama.
"Kita tidak berhasrat untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara dan kita harap Korea Utara akan turut melakukan tindakan yang sama," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCPF kali ke-24 di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi MCPF dan Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.
Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia-Korea Utara kini dilihat semakin reda apabila sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik Kuala Lumpur-Pyongyang, selamat tiba di tanah air pada Jumaat.
Ketegangan antara dua negara itu tercetus susulan pembunuhan Kim Jong-nam, 46, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini pada 13 Feb.
Selain itu, Ahmad Zahid turut menjelaskan Malaysia tidak melakukan pertukaran dalam menyelamatkan sembilan rakyat Malaysia di Pyongyang itu tempoh hari, sebaliknya ia berdasarkan persefahaman dicapai dua negara.
Mengenai status warga Korea Utara yang berada di Malaysia, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan telah membenarkan mereka untuk pulang ke Pyongyang.
Bagaimanapun, rakyat Korea Utara lain yang masih berada di negara ini tetap tertakluk kepada peraturan-peraturan mengikut Akta Imigresen, katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017

Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia-Korea Utara kini dilihat semakin reda apabila sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara selamat tiba di tanah air pada Jumaat. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Konflik Perairan: Malaysia harus ambil peluang bangunkan kod tatakelola sendiri - Pakar
Malaysia harus mempercepatkan perbincangan kod tatakelola yang telah pun dibangkitkan berbelas-belas tahun di peringkat Asean.

China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
![[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar [KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71704027253_TBTLDM.jpg)
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.

SPRM, NAZAHA Arab Saudi teroka ruang kerjasama perangi rasuah peringkat global
Tan Sri Azam Baki dalam ucapannya berharap MoU tersebut dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
![[KOLUMNIS] Malaysia perlu lebih tegas perjuang kedaulatan maritim negara [KOLUMNIS] Malaysia perlu lebih tegas perjuang kedaulatan maritim negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633274759_LautChinaSelatan.jpg)
[KOLUMNIS] Malaysia perlu lebih tegas perjuang kedaulatan maritim negara
Ketiadaan tindakan konkrit dari Malaysia dalam menghadapi pelanggaran ini memunculkan pertanyaan penting mengenai strategi keamanan maritim.

Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.

Delegasi AS sekali lagi ke Taiwan
Rombongan itu adalah kumpulan peringkat kedua tertinggi yang melawat Taiwan dua minggu selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.

COVID-19: Malaysia bakal terima 1 juta dos vaksin sumbangan UAE - Hishammuddin
Sumbangan itu bakal meningkatkan lagi kadar vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pihaknya akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Belanja mewah di Hawaii dan Itali, Najib ada pengetahuan penuh baki dalam akaunnya - Sithambaram
Sithambaram berhujah, Najib sentiasa tahu berapa baki dalam akaunnya, menyebabkan bekas PM itu berani mengeluarkan cek bernilai jutaan ringgit