SEMASA lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Australia pada 7 Mac 2024, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh memberikan impak kepada hubungan antarabangsa khususnya di rantau Asia.
Kenyataan ‘kita tidak mempunyai masalah dengan China’ boleh memberikan implikasi yang besar kepada negara. Hal ini demikian kerana, negara perlu mengakui bahawa Malaysia sememangnya mempunyai masalah dengan China.
Menurut Roy Anthony Rogers, pensyarah kanan di Jabatan Strategi dan Kajian Antarabangsa Universiti Malaya, kenyataan daripada pemimpin tertinggi negara sememangnya menjadi perhatian khususnya berkenaan dengan polisi negara.
Satu kenyataan atau ucapan khususnya daripada seorang Perdana Menteri boleh menjadi polisi negara sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa. Tindakan Perdana Menteri di peringkat antarabangsa misalnya akan menjadi kayu pengukur oleh negara-negara lain untuk melihat polisi yang akan dilakukan oleh negara tersebut.
Tidak dapat dinafikan dalam ilmu hubungan antarabangsa, kaedah diplomatik merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan pertikaian.
Namun demikian, kelemahan perundingan dalam kaedah diplomatik ialah negara yang lebih berkuasa boleh mempengaruhi hasil perundingan sehingga merugikan negara yang lemah.
Dalam konteks Asia, China merupakan negara yang lebih berkuasa berbanding negara-negara lain di rantau ini.
Justeru, China mampu untuk mempengaruhi perundingan khususnya berkaitan dengan konflik tuntutan yang berlaku di Laut China Selatan.
Malah, China juga akan bertindak sewenang-wenangnya kerana menyedari bahawa negara-negara lain khususnya di Asia tidak akan berani menentang China secara terbuka.
Sememangnya, Malaysia mempunyai masalah dengan China. Kenyataan ini bukanlah untuk menghalang peningkatan ekonomi atau kemajuan China seperti yang diucapkan oleh Anwar, tetapi ia merupakan realiti yang tidak boleh dinafikan.
Malaysia khususnya tidak boleh berada dalam keadaan penafian hanya kerana mementingkan sektor ekonomi kerana dengan berbuat demikian, kita akan dilihat sebagai mangsa yang mudah dibuli lagi-lagi oleh negara besar seperti China.
Walaupun sememangnya China merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia dengan anggaran sebanyak RM450.84 bilion, tetapi dalam menangani konflik di Laut China Selatan, Malaysia sejujurnya memerlukan strategi lain.
Menurut Ian Storey, Felo Kanan dan Editor di Institut Yusof Ishak, Malaysia harus melindungi hubungan ekonomi yang terjalin dengan China daripada pertikaian tersebut.
Sememangnya, sejak awal 1990-an, strategi Malaysia adalah untuk menjalinkan hubungan ekonomi yang lebih erat dengan China sambil menyatakan pendirian yang lebih lunak terhadap China di peringkat antarabangsa.
Namun demikian, pendekatan lunak tersebut sudah kelihatan tidak relevan kerana China seperti tidak mengendahkan pendekatan Malaysia.
Anwar juga mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan mengkritik China adalah fobia-China.
Sebenarnya, kritikan kepada China bukanlah kerana fobia dengan negara tersebut tetapi fobia terhadap tindakan yang dilakukan China khususnya di perairan negara.
Apakah rasional seorang Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan kenyataan mempertahankan China sedangkan China Coast Guard bertindak agresif di perairan negara?
Kalau benar kita tiada masalah dengan China, adakah negara tersebut juga mengakui mereka tiada masalah dengan kita?
Adakah China sanggup untuk menggugurkan sebahagian tuntutan besar Laut China Selatan yang berada di rantau kita, kalau benar mereka tiada masalah dengan kita?
Persoalan-persoalan ini harus dijawab sekiranya benar kita tidak mempunyai sebarang masalah dengan China.
Walaupun China menghargai pendirian Malaysia khususnya melalui ucapan yang dizahirkan oleh Perdana Menteri Malaysia, tetapi persoalan yang timbul, sejauh mana penghargaan tersebut diartikulasikan melalui bentuk tindakan?
Pada 18 Februari 2023 yang lepas, kapal pengawal pantai China telah menceroboh perairan ZEE Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali.
Selain itu, China juga telah menghantar kapal skrap yang bertujuan untuk mencuri khazanah laut dalam yang terletak diperairan negara.
Pada Mei 2023, kapal skrap yang diberi nama Chuan 68 bukan sahaja menceroboh perairan negara tetapi juga telah merompak khazanah negara iaitu HMS Prince of Wales yang terletak di perairan negeri Pahang.
Tindakan ini merupakan satu bentuk perompakan (piracy) berdasarkan artikel 101 Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Selain itu, Laut China Selatan juga kaya dengan hasil minyak dan gas.
Contohnya, di Kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian dianggarkan terdapat 225 bilion tong simpanan minyak mentah.
Sekiranya China berterusan menunjukkan tindakan agresif untuk menuntut kawasan tersebut di samping tindakan pimpinan negara yang bersifat acuh tak acuh, maka Malaysia berpotensi untuk kehilangan sumber ekonomi yang cukup besar.
Adakah ini penghargaan yang seharusnya diterima oleh negara?
Tambahan lagi,pada 20 Jun 2023,China juga telah menghantar kapal penyelidikan miliknya, Haiyang Dizhi menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di Laut China Selatan.
Kapal tersebut bukan sahaja menceroboh perairan Malaysia, tetapi juga telah mengkaji potensi minyak dan gas di Sarawak.
China Coast Guard juga telah menggangu kapal-kapal pesisir milik Malaysia yang beroperasi di lapangan minyak dan gas Petronas menyebabkan wujud ketakutan terhadap para petugas yang berada di situ.
Menurut Seow E Kin, penyelidik Institut SEDAR, tuntutan Malaysia di kawasan perairan Laut China Selatan dianggarkan mempunyai 5 bilion tong simpanan minyak dan 80 trilion simpanan gas menjadikan kawasan tersebut menjadi rebutan oleh beberapa negara khususnya China.
Laporan Audit Kerajaan Malaysia pada tahun 2020 telah menyatakan bahawa kapal China telah menceroboh kawasan ZEE Malaysia sebanyak 89 kali.
Hakikatnya, China memandang remeh terhadap Malaysia.
Ucapan Anwar menggambarkan Malaysia merupakan sasaran yang mudah untuk diceroboh.
Kenyataan Anwar semasa lawatan ke Australian National University bahawa kita perlu menghormati kemampuan dan kemajuan China merupakan sememangnya benar tetapi perkara tersebut akan disokong sekiranya China tidak bertindak agresif dengan kemampuan yang mereka ada.
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Hal ini kerana, sekiranya kedaulatan negara diceroboh, Malaysia tidak seharusnya berdiam diri melainkan lebih vokal dalam menegakkan hak dan keselamatan negara.
Kementerian Luar Negeri seharusnya memberikan nasihat yag lebih baik kepada Perdana Menteri sekiranya beliau berucap di peringkat antarabangsa.
Anwar pula perlu menonjolkan pendekatan yang menjaga kepentingan dan hak negara serta tidak memainkan retorika politik khususnya di peringkat antarabangsa.
Noktahnya, Kementerian Luar Negeri harus memperbetulkan tindak-tanduk pemimpin negara yang menggugat kedaulatan dan kepentingan negara
* Datuk Mohd Imran Tamrin merupakan peguam dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Imran Tamrin
Fri Mar 29 2024
Malaysia perlu mengguna pakai strategi yang berlainan dalam menguruskan hubungan dengan China, biarpun ia antara rakan dagang terbesar. - Gambar hiasan
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
Forum Pelancongan ASEAN 2025 buka tirai hari ini
Forum ini akan dihadiri Menteri-Menteri pelancongan negara ASEAN, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan wakil media daripada 10 negara anggota ASEAN.
Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew
Malaysia perlu mula mempertimbangkan kewujudan sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta dan teknologi, yang akan membolehkan lebih banyak perolehan teknologi dalam sistem kerajaan.
ASEAN25: APAEC dan APG keutamaan berkaitan tenaga - PETRA
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menetapkan dua Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) berkaitan tenaga di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
ASEAN25: Setiausaha Agung ASEAN hadiri bengkel pembangunan mampan di Malaysia
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dijadualkan menghadiri Bengkel ASEAN mengenai Pembangunan Mampan 2025 yang akan diadakan di Malaysia dari 13 hingga 14 Jan, menurut Sekretariat ASEAN.
ASEAN25: MBPP, MBSP indahkan, naik taraf infrastruktur
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengindahkan dan menaik taraf infrastruktur bandar di lokasi yang terlibat dengan mesyuarat sempena Kepengerusian ASEAN.
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan senegara
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Jan lepas.
WEF sahkan Anwar sertai Mesyuarat Tahunan 2025 di Davos
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Sistem kod QR akan diperluas di lapangan terbang seluruh negara
Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi urusan imigresen akan diperluaskan di semua lapangan terbang seluruh negara.