Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang tiba di Bangkok pada Selasa, untuk lawatan rasmi pertamanya ke Thailand, berkata kedua-dua negara mahu melakukan usaha terbaik dalam mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di selatan Thai.
Beliau berkata isu mengenai konflik selatan negara jiran itu adalah antara topik akan dibincangkan dalam pertemuannya dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Thailand Jen Prawit Wongsuwon, esok.
Selepas pertemuan dengan Prawit, Mohamad akan membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha, dengan isu mengenai konflik di selatan Thai akan turut dibincangkan.
"Apa yang berlaku di selatan negara itu bersangkut-paut dengan kedua-dua negara, sebab itu kita perlu mencari jalan penyelesaian menerusi perundingan secara diplomatik, diplomasi pertahanan serta pelbagai cara lain untuk mencari usaha terbaik," katanya kepada Bernama.
Menurut Mohamad, ada dalam kalangan penduduk di wilayah-wilayah selatan Thailand mempunyai hubungan kekeluargaan dengan rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah dan Kelantan.
Malaysia merupakan fasilitator kepada proses rundingan damai selatan Thai antara kerajaan Thai dan Mara Patani (Majlis Syura Patani), yang mewakili beberapa kumpulan di selatan Thailand.
Sejak 2004, konflik bersenjata di selatan Thai mengorbankan kira-kira 7,000 orang, menurut badan bukan kerajaan Deep South Watch (DSW) yang memantau konflik itu.
Selain isu mengenai konflik di selatan Thai, Menteri Pertahanan Malaysia itu juga berkata, beliau dan rakan sejawatannya juga akan berbincang tentang usaha untuk merapatkan lagi hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.
Beliau berkata persahabatan antara Kuala Lumpur dan Bangkok sudah lama dan kedua-dua pihak kini mahu merapatkan lagi hubungan serta persahabatan yang telah terjalin itu.
Terdahulu, sejurus selepas ketibaannya di Bangkok, beliau dibawa melawat kemudahan yang terdapat di 'Counter Terrorist Operations Centre (CTOC)' milik Tentera Diraja Thailand, serta menyaksikan demonstrasi operasi menyelamatkan tebusan oleh anggota komando Thailand.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata beliau, sememangnya menjalin hubungan rapat dengan Tentera Diraja Thailand dan angkatan tentera negara-negara ASEAN dalam usaha memerangi keganasan serta peperangan siber.
Kedua-dua angkatan tentera turut berkongsi dan bertukar-tukar maklumat, katanya.
Mohamad turut mengunjungi Kedutaan Malaysia yang terletak di Jalan Sathorn di sini, dan bertemu dengan Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel, kakitangan kedutaan serta warga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018
Mohamad Sabu (tengah) melawat Counter Terrorist Operations Centre (CTOC) serta diperlihatkan dengan acara demonstrasi menyelamatkan tebusan oleh komando Tentera Diraja Thailand, pada Selasa. - Bernama
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
Pesara ATM bebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang pesara ATM daripada lima pertuduhan rasuah berhubung pelantikan sebuah syarikat secara rundingan terus.
Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar
Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pasukan pertahanan seperti PDRM dan ATM, serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, untuk menilai keperluan itu.
Mempertahankan kedaulatan negara, tanggungjawab bersama rakyat berbilang kaum - Sultan Nazrin
Tanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh perlu dipikul secara bersama, titah Sultan Nazrin.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
Agong berkenan tunai solat Jumaat, dengar khutbah khas sempena hari ATM ke-91
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah
Seorang bekas tentera mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah pembayaran ganti rugi RM300,000 kepadanya.
Pihak terlibat urusan pembelian peralatan, kemudahan tentera ditukar setiap tiga tahun - Khaled
Beliau berkata ia sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menasihati kerajaan untuk meningkatkan tahap integriti perolehan aset ketenteraan.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.