KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menerima kumpulan kedua 500,000 dos vaksin COVID-19 Sinopharm yang disumbangkan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pesawat Etihad Airways yang membawa vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 12.15 tengah hari.
Sumbangan itu diserahkan pegawai Kedutaan UAE di Malaysia kepada pegawai dari Kementerian Luar (Wisma Putra), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan dalam satu majlis ringkas di KLIA.
Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Ekonomi, Politik dan Media Kedutaan UAE di Malaysia, Nouf Ibrahim Ali Rashed AlKuwaiti dan Setiausaha Bahagian Asia Barat Kementerian Luar, Shahabudeen Adam Shah.
"Malaysia sangat menghargai bantuan COVID-19 UAE kepada Malaysia, terutamanya sumbangan vaksin yang membantu usaha Malaysia untuk menangani pandemik itu.
"Sumbangan itu juga menandakan pencapaian penting dalam kerjasama Malaysia-UAE dalam bidang diplomasi kesihatan bagi menangani pandemik COVID-19," menurut kenyataan Wisma Putra.
Sebelum ini, kumpulan pertama 500,000 dos vaksin Sinopharm tiba di Malaysia pada 25 Jan.
UAE sebelum ini turut menyumbang 20,000 unit kit ujian PCR COVID-19 dan tujuh tan pensanitasi tangan yang dibuat khusus untuk Stok Peralatan Diplomatik (MDES), masing-masing pada Mac dan Mei 2020.
UAE adalah rakan dagang terbesar Malaysia di rantau Timur Tengah dan Asia Barat dengan jumlah dagangan dua hala bernilai US$5 bilion pada tahun lepas.
Semasa banjir melanda Semenanjung baru-baru ini, UAE negara pertama yang menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa melalui Bulan Sabit Merah UAE.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Pesawat Etihad Airways yang membawa vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 12.15 tengah hari. - Foto BERNAMA
Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam nahas Jeju Air 7C2216.
Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat
CIO dijangka memohon waran tangkap terhadap Yoon Suk Yeol, langkah yang belum pernah dilakukan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.
Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
Polis NSW memaklumkan bahawa juruterbang pesawat meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketiga janji kejutan
Dong-hyuk berjanji bahawa musim akan datang akan terus mencabar pelakon dan penonton dengan dilema dan kelainan.
Dua anggota tentera mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak
Mahadi dan Muhamad Aizat Hakim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
UK gesa siasatan nahas pesawat Azerbaijan Airlines susulan permohonan maaf Putin
United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman.
Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo memaklumkan Kerajaan akan menggerakkan segala sumber dalam memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas.
Jeju Air mohon maaf, akan beri kerjasama lengkapkan siasatan
Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
[TERKINI] Perkembangan banjir di Kelantan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari memberikan perkembangan terkini situasi banjir yang kembali melanda beberapa kawasan di Kelantan.
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.