Malaysia menerima pelbagai bantuan daripada negara luar dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
“Wisma Putra sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan China dan keakraban ini membuatkan China tanpa ragu menghulurkan bantuan peralatan perubatan seperti topeng muka, hand sanitizer, kit ujian COVID-19 dan peralatan perlindungan untuk penggunaan petugas barisan hadapan.
“Kita juga bekerjasama rapat dengan Kerajaan negara jiran seperti Indonesia bagi berkongsi maklumat serta membantu mengenalpasti rakyat Malaysia yang hadir perhimpunan tabligh di sana baru-baru ini.
“Kita juga berganding bahu dengan Kerajaan Singapura demi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di sana, yang mana sebahagiannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Jaga diri, kekal tenang, duduk di rumah - Hishammuddin
Malah, Hishammuddin berkata Malaysia juga sentiasa berhubung dengan rakan negara di Timur Tengah bagi mendapatkan pertolongan untuk perangi COVID-19.
“Saya secara peribadi, tidak sangka Malaysia akan mendapat bantuan yang sebegini banyak daripada pelbagai negara. Saya percaya, ia bukanlah disebabkan saya Menteri Luar Negeri.
“Tetapi kerana pengiktirafan dan penghormatan mereka di luar sana terhadap Malaysia serta menganggap Malaysia sebagai rakan akrab dalam komuniti antarabangsa,” jelasnya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, Malaysia tidak boleh berasa selesa kerana sikap rakyatnya turut diperhatikan seluruh dunia.
“Tiada gunanya Malaysia menerima pelbagai bantuan, tetapi pada masa yang sama, sebahagian rakyat tidak patuh perintah Kerajaannya sendiri.
“Nasihat saya, kita tiada pilihan selain mesti berdisiplin dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan bersungguh-sungguh,” tambah beliau.
Afiezy Azaman
Sun Mar 22 2020
![Malaysia terima banyak bantuan negara lain - Hishammuddin Malaysia terima banyak bantuan negara lain - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584840461_corruptionfreepled.jpg)
Hishammuddin berkata Malaysia menerima pelbagai bantuan daripada negara luar untuk mengekang penularan COVID-19. - Gambar fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679487228_TBPILIHUMNO.jpg)
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
![Penggantungan keahlian UMNO: Saya tak tergamak nak buat rayuan - Hishammuddin Penggantungan keahlian UMNO: Saya tak tergamak nak buat rayuan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667825609_TBH.jpg)
Penggantungan keahlian UMNO: Saya tak tergamak nak buat rayuan - Hishammuddin
Dalam satu rakaman video, Bendahari Barisan Nasional (BN) itu berkata beliau tidak perlu berbuat demikian kerana sehingga hari ini punca penggantungannya tidak diketahui.
![PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646460755_HishammuddinHussein.jpg)
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
![Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623417060_StatementUMNOPal.jpg)
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
![Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615206746_HishammuddinHussein.jpg)
Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.
![Parti baharu Tun M: Hanya keruhkan keadaan - Hishammuddin Parti baharu Tun M: Hanya keruhkan keadaan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61596793259_HishammuddinTunHus.jpg)
Parti baharu Tun M: Hanya keruhkan keadaan - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan mereka yang ghairah mewujudkan parti politik baharu untuk memikirkan masa depan negara.
![Kerajaan tetap berusaha bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di luar negara - Hishammuddin Kerajaan tetap berusaha bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di luar negara - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584842855_HishammuddinHussein.jpg)
Kerajaan tetap berusaha bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di luar negara - Hishammuddin
Masih ada rakyat kita yang terkandas di luar negara susulan pendirian Kerajaan di sana berkait COVID-19
![Malaysia terima banyak bantuan negara lain - Hishammuddin Malaysia terima banyak bantuan negara lain - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584840461_corruptionfreepled.jpg)
Malaysia terima banyak bantuan negara lain - Hishammuddin
Pengiktirafan dan penghormatan mereka di luar terhadap Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai rakan akrab dalam komuniti antarabangsa
![Ketepi perbezaan, hapus kebencian, isytihar perang terhadap COVID-19 - Hishammuddin Ketepi perbezaan, hapus kebencian, isytihar perang terhadap COVID-19 - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584844857_corruptionfreepled.jpg)
Ketepi perbezaan, hapus kebencian, isytihar perang terhadap COVID-19 - Hishammuddin
Waktu ini adalah masa untuk bersatu, mengutamakan kesihatan diri serta kepentingan negara.
![Roboh papan tanda Selamat Tahun Baharu kesan tekanan politik PH - Hishammuddin Roboh papan tanda Selamat Tahun Baharu kesan tekanan politik PH - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71561293921_BekasMenteriPertah.jpg)
Roboh papan tanda Selamat Tahun Baharu kesan tekanan politik PH - Hishammuddin
Tindakan MPK merobohkan papan tanda (billboard) ucapan Selamat Tahun Baharu 2020 di kawasan DUN Paloh adalah kesan daripada politik tekanan Kerajaan PH.