Tindakan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) merobohkan papan tanda (billboard) ucapan Selamat Tahun Baharu 2020 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh adalah kesan daripada politik tekanan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tindakan itu tidak mustahil dibuat memandangkan DUN Paloh kini diterajui DAP selain sebahagian besar Ahli Majlis MPK juga dilantik dari kalangan DAP.
Oleh kerana itu jelasnya, tidak hairanlah pihak berkenaan langsung tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan berkenaan.
"Insiden merobohkan papan tanda yang mengandungi ucapan Selamat Tahun Baru di kawasan DUN Paloh sangat mendukacitakan.
"Untuk makluman umum, Pusat Khidmat Parlimen Sembrong telah mendapat kebenaran MPK ketika ia hendak ditubuhkan.
"Ia sudah pun terbina sekian lamanya. Betapa rendahnya mentaliti orang-orang PH. Sudah hampir dua tahun memerintah negara pun, masih lagi mengamalkan kebencian politik. Sehinggakan, dengan billboard Ahli Parlimen Sembrong pun mereka takut," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya dan Sembrong P153.
Dalam pada itu, sebuah portal melaporkan, ADUN Paloh, Syeikh Umar Ali mengesahkan papan tanda itu
dirobohkan oleh pihak Penguatkuasa MPK.
Jelasnya, difahamkan tindakan itu dilakukan berikutan pemasangan papan tanda yang tidak mematuhi peraturan.
"Saya pun tak ada waktu kejadian tu tapi saya difahamkan yang menurunkan tu pihak MPK dan saya tak ada pun beri sebarang arahan.
"Cuma saya difahamkan adalah disebabkan oleh faktor-faktor berkaitan dengan legality - tak mematuhi peraturan," katanya kepada portal berkenaan.
Merujuk laman sesawang MPK, antara syarat-syarat lesen papan tanda dan papan iklan adalah mengutamakan perkataan Bahasa Malaysia (rumi dan jawi) dalam semua iklan yang dipamerkan sama ada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain.
Selain itu, seandainya ia menggunakan perkataaan bahasa lain di iklan, maka perkataan Bahasa Malaysia tersebut hendaklah lebih besar saiznya dan kelihatan lebih jelas serta menggunakan ejaan yang betul.
Papan iklan itu juga tidak boleh menutup atau menghalang mana-mana tingkap atau ruang keluar udara atau asap ditembok luar dinding bangunan dan ditegah meletakkan gambar, perkataan, lambang atau jenama berkaitan dengan minuman bir, arak atau perkataan yang difikirkan tidak sopan.
Pemilik juga bertanggungjawab ke atas sebarang struktur iklan yang dibina di mana-mana bahagian dinding atau di atas bumbung bangunan dan mestilah diperakukan oleh mana-mana arkitek atau jurutera berdaftar serta dilindungi insurans.
Astro Awani
Fri Jan 03 2020
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tindakan itu tidak mustahil memandangkan DUN Paloh kini diterajui DAP - Foto Bernama
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
Penggantungan keahlian UMNO: Saya tak tergamak nak buat rayuan - Hishammuddin
Dalam satu rakaman video, Bendahari Barisan Nasional (BN) itu berkata beliau tidak perlu berbuat demikian kerana sehingga hari ini punca penggantungannya tidak diketahui.
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.
Parti baharu Tun M: Hanya keruhkan keadaan - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan mereka yang ghairah mewujudkan parti politik baharu untuk memikirkan masa depan negara.
Kerajaan tetap berusaha bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di luar negara - Hishammuddin
Masih ada rakyat kita yang terkandas di luar negara susulan pendirian Kerajaan di sana berkait COVID-19
Malaysia terima banyak bantuan negara lain - Hishammuddin
Pengiktirafan dan penghormatan mereka di luar terhadap Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai rakan akrab dalam komuniti antarabangsa
Ketepi perbezaan, hapus kebencian, isytihar perang terhadap COVID-19 - Hishammuddin
Waktu ini adalah masa untuk bersatu, mengutamakan kesihatan diri serta kepentingan negara.
Roboh papan tanda Selamat Tahun Baharu kesan tekanan politik PH - Hishammuddin
Tindakan MPK merobohkan papan tanda (billboard) ucapan Selamat Tahun Baharu 2020 di kawasan DUN Paloh adalah kesan daripada politik tekanan Kerajaan PH.