Menteri pertahanan Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju memantapkan angkatan darat mereka melalui pelaksanaan latihan ketenteraan sebagai satu inisiatif tambahan mengukuhkan Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA).
Keputusan ini merupakan antara hasil perbincangan menteri-menteri berkenaan di Kem Emilio Aguinaldo di bandar raya Quezon, Filipina di mana Malaysia diwakili Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Mesyuarat itu bersempena lawatan rasmi beliau ke negara berkenaan dari 12 hingga 14 Sept.
"Menteri itu mengulangi komitmen Malaysia ke arah memastikan pelaksanaan TCA yang diwujudkan tiga negara terbabit diteruskan," kata kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertahanan pada Jumaat.
Semasa lawatan itu, Mohamad juga melawat Bandar Marawi di selatan kepulauan Mindanao.
"Menteri itu menegaskan bahawa walaupun pertempuran Marawi secara fizikalnya telah menghapuskan ancaman IS di sekitar bandar, Filipina dan jiran berdekatan harus menggabungkan langkah dan usaha untuk mengenal pasti dan menghapuskan musuh yang lebih besar - ideologi Daesh yang bertapak di banyak kawasan Asia Tenggara," kata kenyataan itu.
Mohamad juga dibawa menyaksikan kerosakan besar yang berlaku akibat pertempuran selama lima bulan untuk membebaskan bandar Marawi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 14 2018
Mohamad Sabu (dua kanan) mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana (dua kiri) di Jabatan Pertahanan Negara Filipina semasa sesi lawatan beliau ke sana baru-baru ini. Twitter @MSabu_Official
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.
Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya
Daniel Ting bersedia untuk mengambil alih peranan lebih menyerang bagi mengimbangi ketiadaan beberapa pemain sayap pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.
Sabah galak lebih ramai penduduk guna pembayaran tanpa tunai - Hajiji
Kerajaan Sabah menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menggunakan dan memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan cara pembayaran.
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
Malaysia suarakan komitmen penuh terhadap TCA
Keputusan ini merupakan antara hasil perbincangan menteri-menteri pertahanan di Kem Emilio Aguinaldo di bandar raya Quezon, Filipina di mana Malaysia diwakili Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.