Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk kesalinghubungan dan jalinan antara rakyat.
Perkara itu dinyatakan Anwar dalam pertemuan sulungnya dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 dan Sidang-Sidang Berkaitan.
Anwar pada masa sama turut menzahirkan ucapan takziah atas tragedi banjir yang melanda 23 wilayah di negara itu, baru-baru ini yang menjejaskan lebih 66 ribu keluarga di lebih 1,600 kampung.
Paetongtarn Shinawatra memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke-31 sejak 16 Ogos lalu selepas pemecatan Thavisin.
Terdahulu, Thavisin dilucutkan jawatan pada 14 Ogos lalu, selepas melanggar peraturan etika dengan melantik seorang peguam yang telah menjalani hukuman penjara, ke dalam Kabinetnya.