VIENTIANE: Malaysia sedia membantu Laos dalam persediaan negara itu mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun depan.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata perkara itu dinyatakannya kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Laos Saleumxay Kommasith dalam mesyuarat bilateral yang diadakan di Kementerian Luar Laos hari ini.
"Malaysia dan Laos berkongsi banyak kepentingan bersama, terutamanya dalam konteks kerjasama ASEAN.
"Kami juga berpeluang mengadakan perbincangan yang menyentuh isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama antaranya perihal ekonomi, perdagangan, pelancongan, tenaga dan pendidikan," katanya kepada media Malaysia, di sini hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam itu diadakan menjelang lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Laos bermula hari ini.
Zambry berkata dalam pertemuan tersebut beliau turut menyatakan komitmen Kementerian Luar untuk bekerjasama dengan rakan sejawatnya itu bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala kedua-dua negara.
Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kommasith atas layanan baik dan kemudahan yang diberikan kepada delegasi Malaysia sempena lawatan itu.
Perdana Menteri dijangka tiba di ibu negara Laos petang ini bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam lawatan pertama beliau ke negara ini, Anwar antara lain akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin utama Laos antaranya Presiden Dr Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Dr Sonexay Siphandone.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kanan) mengadakan sidang media sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari bermula hari ini. - Foto/BERNAMA
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
COP29: Malaysia tetapkan agenda iklim penting, bersedia untuk masa depan lestari ASEAN
Penyertaan Malaysia dalam COP29 tepat pada masanya untuk mengukuhkan mengukuhkan kedudukan mampan negara ini apabila memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.
Turkiye sedia perkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia - Duta
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101 pada Selasa (29 Oktober), negara itu menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada 2025.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Kepengerusian ASEAN perlu disambut dengan semangat 'segulai sejalai'
Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan harus disambut dengan semangat segulai sejalai oleh segenap rakyat Malaysia, kata Penganalisis Geo-Strategik Khairil Hilmi Mokhtar.
Malaysia galas tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Malaysia, hari ini mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos, sebentar tadi.
Kerajaan jangka lebih banyak pelaburan digital pada 2025 - Gobind
Kerajaan menjangka lebih banyak kemasukan pelaburan digital ke Malaysia pada 2025, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, sidang berkaitan di Vientiane
Selain Sidang Kemuncak ASEAN, Perdana Menteri juga dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Campur Satu antara ASEAN dan tujuh Rakan Dialog.
Malaysia sudah bersedia jadi Pengerusi ASEAN 2025 - PM Anwar
Malaysia bersedia untuk memimpin dengan visi perpaduan, keterangkuman dan kerjasama, tegas Perdana Menteri.
Malaysia sudah bersedia menjadi Pengerusi ASEAN 2025
Malaysia sudah bersedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN tahun hadapan.
Pengerusi ASEAN: Pendigitalan, transisi tenaga antara fokus - PM Anwar
Pendigitalan, tenaga boleh diperbaharui, perdagangan dan ekonomi merupakan antara aspek tumpuan Malaysia yang akan mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.