KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan keseluruhan jualan eksport bernilai RM625.42 juta semasa penyertaan di Ekspo China - Asean (CAEXPO 2023) ke-20 di Nanning, China, yang baru sahaja berakhir.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata jualan eksport yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.
Sejumlah 107 syarikat Malaysia dan sembilan agensi kerajaan menyertainya dengan 116 reruai di CAEXPO 2023 yang berlangsung dari 16 - 19 Sept.
Ketua pegawai eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata China, rakan dagang terbesar Malaysia, kekal menjadi satu daripada pasaran eksport paling penting bagi syarikat Malaysia.
"Susulan strategi dan usaha proaktif MATRADE termasuk menyusun aktiviti berimpak dan pertemuan perniagaan, penyertaan Malaysia dalam CAEXPO memperoleh nilai jualan eksport yang besar dan menjalin perkongsian perniagaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Mustafa berkata penyumberan berterusan oleh pembeli China menunjukkan kualiti, daya tahan dan daya saing produk dan perkhidmatan Malaysia, memanfaatkan momentum pertumbuhan perdagangan antara Malaysia dan China di CAEXPO sejak 20 tahun lepas.
"MATRADE berbangga dengan usahanya selama tiga dekad meneruskan kecemerlangan global untuk terus menumpu meningkatkan libat urus lebih rapat lagi dengan komuniti perniagaan China dalam menghubungkan mereka dengan pengeksport Malaysia untuk memacu eksport ke China," katanya.
Dari tempoh 2004 hingga 2022, perdagangan Malaysia dengan China berkembang hampir enam kali ganda.
China merupakan rakan dagangan keempat terbesar Malaysia pada 2004 dan kemudiannya meningkat menjadi rakan dagang terbesar Malaysia pada 2009 bagi 14 tahun berturut-turut dengan purata pertumbuhan tahunan 12 peratus.
China juga menjadi pasaran eksport kedua terbesar Malaysia pada 2022 dan sumber import terbesar Malaysia sejak 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Dari tempoh 2004 hingga 2022, perdagangan Malaysia dengan China berkembang hampir enam kali ganda. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.

20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.

CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.

Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024
Pempamer Malaysia di Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat jualan bernilai lebih RM402.88 juta.

Acara “Malaysia Breakfast Business Networking” perkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Perancis
"Malaysia Breakfast Business Networking Event" di Paris bertujuan mendalamkan pemahaman sektor awam dan swasta Perancis mengenai landskap ekonomi Malaysia.

Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024
Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 dengan nilai RM177.99 bilion.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.

Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.