Rambutan diperkenalkan kepada para tetamu semasa sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di sini, dan Duta Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Azmil Zabidi berkata rambutan Malaysia akan berada dalam pasaran Amerika bermula Julai tahun depan.
Kedutaan Malaysia di Washington menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada Rabu, yang dihadiri lebih 250 orang tetamu.
Beliau berkata pegawai kanan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia melawat Washington dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan mereka dari Amerika untuk membincangkan akses pasaran bagi produk pertanian dan semasa pertemuan itu, kedua-dua negara bersetuju untuk terus memperluaskan akses pasaran bagi buah-buah tropika Malaysia, misalnya rambutan.
"Kami menjangkakan penghantaran pertama rambutan dari Malaysia pada Julai tahun depan. Malaysia mengimport produk pertanian bernilai lebih US$1 bilion dari Amerika, dan mengeksport hampir AS$1 bilion ke negara itu, " kata Azmil, yang dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika pada Jun lepas.
Terdahulu, Azmil dan isteri Datin Karen Low menyambut kedatangan para tetamu sambil beramah mesra dengan mereka.
Para hadirin turut disajikan dengan tiga persembahan kebudayaan khas oleh anggota Kumpulan Gemala Sitra terdiri daripada lapan orang anak pegawai di pejabat Kedutaan Malaysia.
Kumpulan pimpinan Juliana Yunus, isteri kepada Penolong Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia, sering membuat persembahan kebudayaan di sekitar Washington, Maryland dan Virgina dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia sejak beberapa tahun lepas.
Sementara itu, duta itu berkata Amerika adalah pelabur asing kedua terbesar Malaysia, dengan pelaburan dalam sektor pengeluaran berjumlah lebih US$2.8 bilion hanya dalam separuh pertama tahun ini sahaja.
Azmil turut memberitahu tetamu bahawa pada November ini, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Pentagon akan mengadakan Perbincangan Strategik Malaysia-Amerika di peringkat pegawai kanan di Kuala Lumpur.
"Platform dua hala tahunan ini amat berguna dalam membincangkan strategi dan dasar berkaitan isu pertahanan serta keselamatan," katanya, dan menambah, pasukan polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang negara juga menjalin kerjasama akrab, termasuk dalam perkongsian risikan, memerangi keganasan, keselamatan siber dan jenayah rentas sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Duta Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Azmil Zabidi berkata, penghantaran pertama rambutan dari Malaysia dijangka pada Julai tahun depan. - Gambar hiasan
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pantai Timur - Tourism Malaysia
Sebanyak tujuh program diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya di Kelantan dan Terengganu.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Trump ancam kembalikan Terusan Panama kepada AS sekiranya Panama tidak kurangkan caj
Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan AS sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
Harga telur di seluruh Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi tahun ini, didorong oleh wabak selesema burung dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor Xinhua.
Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Lelaki maut ditimpa beruang jatuh pokok
Seorang lelaki di Amerika Syarikat maut selepas seekor beruang yang ditembak oleh rakan pemburu terjatuh dari pokok dan menghempapnya.
Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo
Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.
Seorang maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Maryland, AS
Tembakan berlaku di sebuah rumah pengebumian. Polis menemukan sebuah kereta terbalik dan terbakar di lokasi kejadian.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.