Malaysia berada pada landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah US$10,570 pada 2015, hanya 15 peratus kurang daripada angka pendapatan tinggi semasa pada US$12,475 yang ditetapkan oleh Bank Dunia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Associates Sdn Bhd Datuk Seri Idris Jala berkata, Malaysia boleh mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi pada 2015, jika ringgit disebut harga pada RM3.20 berbanding dolar AS.
"Bagaimanapun, selagi eksport Malaysia berkembang dan walaupun ringgit lemah ketika ini, kita masih berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran 2020," katanya kepada pemberita selepas bersama-sama melancarkan Laporan Penyelidikan dan Siri Pengetahuan Pengalaman Pembangunan Malaysia dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.
Idris Jala berkata Malaysia boleh melepasi PNK per kapita sebanyak tiga peratus pada 2015 jika mata wang kekal pada paras tahun 2010 iaitu RM3.20 berbanding dolar AS.
Beliau berkata Bank Dunia, bagaimanapun, masih belum mengumumkan sasaran berpendapatan tinggi pada 2020.
"Malah, Bank Dunia telah mengurangkan angka PNK per kapita untuk dua tahun berturut-turut, kerana kekayaan negara berpendapatan tinggi telah turun," katanya.
Idris Jala berkata 58 negara telah mengalami penurunan dalam PNK per kapita mereka pada 2015, dengan Australia menyaksikan kejatuhan terbesar sebanyak US$4,580, Kanada menyusut sebanyak US$4,500, Jepun (US$5,150), Switzerland (US$1,620), Brunei (US$4,300) dan Singapura (US$1,870).
Beliau tetap optimis sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi boleh dicapai, memandangkan pertumbuhan perdagangan Malaysia lebih kukuh berbanding pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini berkata Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai pertumbuhan eksport sebanyak lima peratus tahun ini, lebih tinggi daripada 4.5 peratus yang dianggarkan oleh ramai pakar ekonomi.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2017

Idris Jala berkata Malaysia boleh melepasi PNK per kapita sebanyak tiga peratus pada 2015 jika mata wang kekal pada paras tahun 2010 iaitu RM3.20 berbanding dolar AS.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kekalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia walaupun berlaku perubahan kerajaan - Idris Jala
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang sedia ada perlu dikekalkan walaupun berlaku perubahan pentadbiran kerajaan dan pemimpin negara.

Ini 5 rahsia Idris Jala jayakan transformasi Malaysia Airlines suatu ketika dahulu!
Malaysia Airlines melantik Datuk Seri Idris Jala, mengemudi syarikat penerbangan nasional itu pada 2005 untuk kembali ke trajektori tepat.

Nyah senarai syarikat yang gagal penuhi kuota wanita - Idris Jala
Cadangan itu boleh dipakai sebagai langkah terakhir bagi memenuhi kuota wanita dalam barisan lembaga pengarah syarikat tersenarai.

Kemelut FGV: Idris mula kumpul maklumat dan bukti
Dalam satu kenyataan media, Idris berharap semua pihak memahami keengganannya mengulas lanjut mengenai kemelut dalam FGV buat masa sekarang.

Pelantikan Idris Jala tangani kemelut FGV pilihan tepat - Mohd Puad
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Idris merupakan individu paling layak dipilih oleh kerajaan untuk bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi pihak lain.

Rombakan Kabinet minggu ini?
Rombakan itu sudah dijangka susulan beberapa perkembangan kebelakangan ini.

1,621 graduan terima ijazah di Konvokesyen ke-11 Taylor's University
Naib Canselor dan Presiden Taylor's University, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata setiap graduan telah menunjukkan potensi dan pencapaian yang cemerlang semasa di universiti.

Kepelbagaian dan inklusiviti menjadi faktor kemenangan
Maybank, IBM, IHS, Shell dan KPMG meraih anugerah di 'Life at Work Awards 2015' bagi mempraktikkan amalan kepelbagaian di tempat kerja.

Najib ucap terima kasih kepada Idris Jala atas sumbangan, khidmat dalam kabinet
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala atas sumbangan dan perkhidmatan beliau dalam kabinet.

PM umum penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik
JKNMPP akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang akan dilaksanakan sebelum PRU-14.