“Sekiranya pihak korporat masih perlahan dalam usaha memenuhi kuota wanita dalam lembaga pengarah, saya cadangkan kita gesa kerajaan untuk menyahsenaraikan syarikat berkenaan daripada pasaran saham,” cadang Datuk Seri Idris Jala.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd itu juga berkata cadangan itu boleh diguna sebagai langkah terakhir bagi memenuhi kuota wanita dalam barisan lembaga pengarah syarikat tersenarai.
Jelasnya, dasar berkenaan sudah diamalkan di negara Scandinavia dalam usaha untuk meningkatkan keterlibatan jumlah wanita dalam lembaga pengarah.
Pada 2003, Norway melaksanakan dasar mewajibkan 40 peratus wanita dalam lembaga pengarah dan syarikat yang gagal memenuhi sasaran ini akan dinyahsenarai.
Ketika ini, wanita mewakili hanya 17.9 peratus lembaga pengarah dalam 100 syarikat senaraian awam.
Tambah Idris, ketika ini dua kaedah utama sudah diamalkan dalam meningkatkan jumlah keanggotaan wanita dalam lembaga pengarah.
Pertama, dengan mengesa syarikat untuk bertindak lebih agresif dan kedua menamakan syarikat yang gagal penuhi kuota terbabit.
Beliau percaya, setakat ini kedua-dua kaedah ini sudah mencukupi.
Menerusi Bajet 2018, Kerajaan mengumumkan langkah mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.
Shafizan Johari
Mon Nov 20 2017
Jelasnya dasar berkenaan sudah diamalkan di negara Scandinavia dalam usaha untuk meningkatkan jumlah wanita.
Bunuh gelandangan, dua rakan terlepas hukuman mati
Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan tanpa niat, tiga tahun lepas. H
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.
#Ringkas 7 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Februari 2025
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).