KUALA LUMPUR: Malaysia dan Mesir sepakat untuk mengaktifkan semula mekanisme dua hala dengan mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Kedua sebelum November tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
"JCM peringkat menteri luar kedua-dua negara akan dihoskan Malaysia," katanya pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Mesir Sameh Hassan Shoukry selepas mengadakan mesyuarat dua hala di sini, hari ini. Mesyuarat pertama JCM berlangsung di Kaherah pada 2008.
Mesyuarat JCM Kedua perlu diadakan sebelum November, memandangkan Mesir bakal menjadi tuan rumah Persidangan ke-27 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP27 - UNFCCC) di Sharm El Sheikh pada November 2022.
Sementara itu, Sameh Shoukry, yang dalam rangka lawatan sulung tiga hari ke Malaysia bermula Isnin berkata JCM kedua penting untuk meningkatkan lagi bidang kerjasama antara kedua-dua negara selain membangunkan pelan hala tuju bersama menerusi pelbagai bidang kerjasama.
Menteri Luar Mesir itu berkata lawatannya ke Malaysia amat signifikan kerana ia mewakili perubahan kualitatif dalam hubungan dua hala kedua-dua negara dari segi politik, ekonomi dan budaya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana berjaya melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April dan dipilih anggotai Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk penggal 2022-2024.
Sementara itu, Saifuddin berkata pertemuan dua hala itu turut menyentuh mengenai konflik Ukraine-Rusia, kedua-dua pemimpin bersetuju perlu ada usaha berterusan untuk mencari penyelesaian politik bagi isu ini melalui dialog dan rundingan secara aman.
"Pada masa sama, kami sepakat bahawa perlu ada usaha untuk meredakan ketegangan dan menumpukan kepada bantuan kemanusiaan.
"Kami berkongsi pandangan bahawa sekatan sepihak boleh memburukkan lagi ketegangan dan memberi kesan kepada serantau dan global," tambahnya.
Mesir ialah rakan dagang terbesar Malaysia di utara Afrika. Pada 2021, jumlah dagangan Malaysia-Mesir bernilai RM3.8 bilion (US$904.1 juta), peningkatan ketara 84.5 peratus, berbanding yang direkodkan pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kanan) pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Mesir Sameh Hassan Shoukry (kiri). - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.