PUTRAJAYA: Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Jumaat berkata Malaysia mengalu-alukan tindakan terkini Afrika Selatan memohon supaya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menetapkan langkah-langkah sementara tambahan ke atas Israel pada sesi pendengaran awam yang diadakan di Peace Palace, The Hague dari 16 hingga 17 Mei.
Ini merupakan permohonan Afrika Selatan yang ketiga sejak ICJ menetapkan langkah-langkah sementara pada 26 Jan.
Langkah-langkah sementara tambahan tersebut menetapkan supaya Israel menghentikan serangan ketenteraan di Rafah dengan segera dan melicinkan penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.
Afrika Selatan turut mendesak supaya Israel melaporkan tindakan yang telah diambil serta pematuhan mengenai perintah langkah-langkah sementara kepada ICJ.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada 22 Feb telah menyampaikan Kenyataan Lisan Malaysia di Sesi Pendengaran Awam berhubung permohonan bagi mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ mengenai kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur yang telah diadakan di Peace Palace, The Hague.
"Masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab bersama untuk menuntut Israel menghentikan operasi ketenteraannya.
"Serangan besar-besaran Israel di Rafah ke atas lebih 1.4 juta rakyat Palestin yang terperangkap dan berlindung di kawasan seluas 64 kilometer persegi, akan mengakibatkan malapetaka kemanusiaan yang besar," menurut kenyataan itu.
Malaysia mengulangi pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mendapatkan negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, serta kemasukan Palestin sebagai anggota penuh PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
![Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700208183_FBREAKWISMAPUTRA.jpg)
Malaysia mengulangi pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mendapatkan negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967.
Dr Joohari yakin menang di kawasan “hitam”
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin yakin kedudukannya sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya meraih sokongan pengundi pada pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Pengundi mula beratur seawal jam 8 pagi
Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
![Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
[TERKINI] Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Buru Jho Low: Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memperoleh semula aset yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pemeteraian perjanjian sulit Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
![2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS 2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236983_FourthofJulyViole.jpg)
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
![PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam' PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236812_DrJoohariAriffin.jpg)
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
![Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720236624_ZahidHamidi.jpg)
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
![Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715601099_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
![Kerajaan negeri lancar Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 Kerajaan negeri lancar Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720052171_tbOnnHafizGhazi.jpg)
Kerajaan negeri lancar Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0
Tabung berkenaan, kelolaan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Luar, menyasarkan kutipan RM2.5 juta dalam tempoh dua bulan hingga Ogos.
![BRICS: Malaysia tidak mahu terlalu condong kepada satu pihak - Menteri Luar BRICS: Malaysia tidak mahu terlalu condong kepada satu pihak - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719302385_MenteriLuarMohama.jpg)
BRICS: Malaysia tidak mahu terlalu condong kepada satu pihak - Menteri Luar
Malaysia berpendirian melihat ke arah mewujudkan sebuah dunia multipolar.
![370 tetamu hadir memeriahkan sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta 370 tetamu hadir memeriahkan sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718624293_tbKedutaanMalaysia.jpg)
370 tetamu hadir memeriahkan sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta
Lebih 370 tetamu termasuk ekspatriat Malaysia dan penduduk tempatan berkumpul di kompleks Kedutaan Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan pada Isnin untuk meraikan Hari Raya Aidiladha.
![Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717207611_pendakimaut.jpg)
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).
![Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716857632_CycloneRemalWeather.jpg)
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.
![Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716197142_EbrahimRaisi.jpg)
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
![Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700208183_FBREAKWISMAPUTRA.jpg)
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
![Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714105065_airstrike.jpg)
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
![Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706785218_TBPTD.jpg)
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
![Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700208183_FBREAKWISMAPUTRA.jpg)
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.