ISKANDAR PUTERI: Johor meneruskan inisiatif membantu rakyat Palestin dengan melancarkan kutipan sumbangan menerusi Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 di sini semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata tabung berkenaan yang dikelolakan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Luar menyasarkan kutipan RM2.5 juta dalam tempoh dua bulan hingga Ogos ini.
Beliau berkata bantuan itu akan disalurkan dengan empat cara iaitu bungkusan sumbangan dilakukan rakyat Johor menerusi sukarelawan yang akan dihantar menggunakan jalan laut, bungkusan sumbangan di sempadan Mesir-Gaza, pemberian khemah di bawah Perkampungan Johor di Gaza dan pemberian makanan panas di kem rakyat Palestin.
Mohd Fared berkata masakan panas, khemah dan bungkusan dari Mesir akan disalurkan terlebih dahulu sebagai bantuan bagi menghadapi musim sejuk di Gaza.
"Manakala pembungkusan oleh sukarelawan Southern Volunteer dan Briged Aqsa akan dibuat secara gotong-royong di Johor dan penghantaran itu dijangka dibuat pada pertengahan Ogos sempena Bulan Kemerdekaan.
"Kita mendapat nasihat agar menyediakan bahan makanan seperti minyak zaiton dan tepung yang bersesuaian untuk penduduk Palestin, barangan yang kita beli pun mengikut peraturan ditetapkan oleh Kementerian Luar berdasarkan nasihat daripada pihak Palestin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 di Pejabat Menteri Besar di sini semalam yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Terdahulu, sebanyak RM500,000 telah disumbangkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), manakala RM2,061 oleh UMNO Bahagian Parit Sulung kepada Tabung Kasih Johor Palestin.
Mohd Fared dalam pada itu berkata tabung berkenaan akan digerakkan ke hampir 3,000 surau dan masjid di seluruh negeri ini yang telah diarahkan untuk membuat kutipan khas pada setiap Jumaat.
Beliau berkata semua kutipan dan perbelanjaan berkaitan sumbangan itu akan diumumkan kepada rakyat bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Onn Hafiz hadir bagi merasmikan Majlis Pelancaran Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 di Pejabat Menteri Besar di Iskandar Puteri semalam. - Facebook Onn Hafiz

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Kerajaan negeri lancar Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0
Tabung berkenaan, kelolaan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Luar, menyasarkan kutipan RM2.5 juta dalam tempoh dua bulan hingga Ogos.