PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk dengan keras tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel menyerang kem Kem Pelarian Jabalia, kem pelarian terbesar di Gaza.
Kejadian itu pada Rabu (1 Nov) telah membunuh beratus orang dan mencederakan lebih banyak lagi nyawa yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim yang telah lama melanggar dan mengabaikan undang-undang antarabangsa serta menolak banyak resolusi Majlis Keselamatan PBB, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) pada lewat Jumaat.
"Tempat yang sepatutnya memberi perlindungan dan bantuan kini menjadi kubur nyawa yang tidak berdosa. Serangan yang disengajakan sebelum matahari terbenam mencerminkan perbuatan kejam untuk membunuh, melukai, dan menyakitkan sebanyak mungkin orang Palestin, tanpa mengira umur atau jantina," kata kenyataan itu.
Malaysia sekali lagi menggesa komuniti antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk menuntut rejim Israel menghentikan tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan seperti ini oleh Israel serta tindakannya mengetatkan dasar apartheid terhadap rakyat Palestin.
Malaysia terus berpegang teguh pada pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mendirikan negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan-sempadan sebelum tahun 1967, dengan Jerusalem Timur sebagai ibu kotanya.
Lebih daripada 9,000 orang awam Palestin terbunuh dalam pencerobohan Israel sejak konflik bermula pada 7 Okt, termasuk kira-kira 200 yang meninggal dalam insiden serangan udara di kem pelarian Jabalia. Lebih daripada 32,000 orang lain cedera, dan lebih daripada 2,000 orang masih hilang sejak konflik bermula.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
![Malaysia kutuk serangan kejam ke atas Kem Jabalia di Gaza Malaysia kutuk serangan kejam ke atas Kem Jabalia di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699055833_Jabaliarefugeecamp.jpg)
Penduduk Palestin mencari mangsa yang terselamat di kawasan kediaman Kem Pelarian Jabalia yang diserang Israel, utara Semenanjung Gaza, 31 Okt 2023. - REUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin
Serangan pada Sabtu mengorbankan nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan individu lain.
![Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi lawat Malaysia mulai esok Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi lawat Malaysia mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719913872_TBretnomarsudi.jpg)
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi lawat Malaysia mulai esok
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia esok bagi mengeratkan lagi jalinan persahabatan kedua-dua negara.
![Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887508_MohamadHasan.jpg)
Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lawatan tersebut juga tersebut juga adalah bersempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Filipina.
![Tiada keperluan Wisma Putra tubuh jawatankuasa kesan rakyat hilang di luar negara Tiada keperluan Wisma Putra tubuh jawatankuasa kesan rakyat hilang di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714059291_TBMohamadHasan.jpg)
Tiada keperluan Wisma Putra tubuh jawatankuasa kesan rakyat hilang di luar negara
Tiada keperluan bagi Wisma Putra untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengesan rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di luar negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718700159_TBtokmatjpg.jpg)
Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara
Wisma Putra sentiasa komited membantu menjejaki rakyat Malaysia yang dilaporkan "hilang" di luar negara untuk dibawa pulang ke tanah air menerusi pelbagai kaedah dan saluran.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Singapura mulakan lawatan rasmi ke Malaysia, kukuh hubungan dua hala PM Singapura mulakan lawatan rasmi ke Malaysia, kukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718027008_LawrenceWong.jpg)
PM Singapura mulakan lawatan rasmi ke Malaysia, kukuh hubungan dua hala
Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia selaku Perdana Menteri Singapura.
![Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717900607_TBTokMat.jpg)
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
![Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715845069_Palestinians.jpg)
Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza
Malaysia menyeru pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.