Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, pihaknya sedang menilai situasi semasa dan akan mengeluarkan maklumat terkini jika perlu.
Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftarkan kehadiran mereka digalakkan berbuat demikian melalui [E-Konsular](https://ekonsular.kln.gov.my/) bagi memastikan bantuan dan maklumat dapat disampaikan tepat pada masanya.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi di alamat: H. No. 7-A Main Khayaban-e-Shamsheer, DHA V, 75500 Karachi, Pakistan, atau melalui talian: +92 21 3529 5618/19, +92 21 3529 5614/17, atau e-mel: mwkarachi@kln.gov.my.
Sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera dalam insiden itu pada Sabtu. - BERNAMA