KUALA LUMPUR:Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata di bandar raya Vienna, Austria pada Isnin yang mengakibatkan orang awam tidak bersalah terkorban dan cedera.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan itu dan mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.
"Kami berharap penyerang akan segera dibawa ke muka pengadilan. Sehingga 3 petang hari ini (waktu Malaysia), kesemua rakyat Malaysia di Vienna dilaporkan selamat," kata kementerian itu.
Kenyataan itu meminta agar rakyat Malaysia di negara itu yang memerlukan bantuan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Vienna di talian 00-43-1-505 1042 atau menghantar e-mel ke mwvienna@kln.gov.my.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria Harald Soros dilaporkan berkata dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa lagi mengalami kecederaan dalam serangan di beberapa lokasi di pusat bandar raya itu, termasuk berhampiran sebuah "synagogue" .
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020

Wisma Putra sahkan semua rakyat Malaysia di Vienna selamat. - Gambar fail

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 Mac 2025
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas AS mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik.

ABK24/25: Tersenarai calon terbaik, sepakan jauh penjaga gol berjaya jaringkan gol
Tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
AWANI Ringkas: Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Gunung sampah Ghazipur hampir setinggi Taj Mahal
Ghazipur menjadi salah satu tapak pelupusan sampah terbesar di dunia, dan terus menerima ratusan tan sampah dari Delhi setiap hari.
FBM KLCI: Jualan besar-besaran, apa langkah seterusnya?
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan terbesar tahun ini, melepasi paras sokongan utama 1,490-1,500. Apa yang bakal menjadi tindakan pelabur dalam keadaan semasa terutamanya dalam ketidaktentuan? Perbincangan penuh bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.

Ketengah salur RM1 juta bantuan Ramadan, Aidilfitri
Ketengah menyalurkan bantuan sebanyak RM934,200 bersempena dengan Ramadan dan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Tiada tempat untuk Islamofobia, serta kebencian terhadap kepercayaan lain - Wisma Putra
Malaysia terus komited dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.

Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.

Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.

Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.