PUTRAJAYA: Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin, berpaksi kepada keadilan dan menentang sebarang isu keganasan serta kekejaman, tegas Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata pihaknya telah beberapa kali menyentuh mengenai isu Palestin termasuk ketika di wawancara bersama pihak Al-Jazeera.
"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang menyalahi undang-undang dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata beliau hari ini dikunjungi oleh barisan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia diketuai Dr Muhamad Akmal Saleh serta barisan exconya dan menyerahkan memorandum mengenai pendirian mereka yang mengutuk isu serangan Israel terhadap Palestin.
"Saya mengambil maklum usul yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta segala cadangan yang diberikan," katanya.
Jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh sebelum ini dilapor berkata provokasi berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang "tidak boleh diterima" dan akan mencetuskan "peperangan".
"Serangan terhadap tempat suci dan jemaahnya saban hari semasa bulan Ramadan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan akan memarakkan lagi api pergolakan," kata Abu Rudeineh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Zambry berkata pihaknya telah beberapa kali menyentuh mengenai isu Palestin termasuk ketika di wawancara bersama pihak Al-Jazeera. - Gambar fail/ Bernama
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Lelaki Singapura dipenjara 6 bulan, denda RM6,000 mengaku sebar ajaran salah
Seorang lelaki warga Singapura dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 atas tiga pertuduhan mengajar dan menyebar ajaran salah.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Vicente puas hati persembahan menentang India
Vicente puas hati persembahan Harimau Malaya, namun kecewa dengan keputusan seri 1-1 menentang India dalam perlawanan persahabatan malam tadi.
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia
KPM menyiasat laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min
Pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur, dihukum tujuh perlawanan oleh FA England akibat membuat kenyataan bersifat rasis terhadap rakan sepasukannya Son Heung-min.
Presiden Paraguay dimasukkan ke hospital, sakit dada semasa Sidang Kemuncak G20
Santiago Pena dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami sakit dada.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
Kerajaan tak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen - Fahmi Fadzil
Pelesenan itu tidak terpakai kepada individu, sebaliknya hanya kepada penyedia platform seperti Facebook, Whatsapp, serta Instagram.
Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan kritikal pada Ahad.
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Genosid di Gaza: Hentikan penjualan senjata kepada Israel sekarang! - Jeremy Corbyn
Kerajaan UK enggan mengaku perang di Gaza sebagai genosid kerana ia akan mengesahkan penglibatan mereka dalam salah satu jenayah terbesar masa kini.
Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG
Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.
Serangan ke atas agensi PBB cara Israel "hapus" rakyat Palestin daripada sejarah
Serangan ke atas UNRWA adalah sebahagian tindakan 75 tahun Israel untuk menghapuskan rakyat Palestin daripada sejarah.
UNRWA beri amaran kebuluran yang bakal melanda Gaza
Operasi UNRWA adalah penting untuk memenuhi keperluan asas mereka yang telah kehilangan segala-galanya.
Sebuah lagi bangunan disasar Israel di selatan Lubnan
Serangan udara Israel itu adalah yang kedua berturut-turut di kawasan yang dikuasai Hezbollah di selatan Beirut.
Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.