Malaysia kekal komited dalam melaksanakan komitmennya terhadap konservasi alam sekitar menerusi penyertaan perjanjian global mengenai pemuliharaan, hidupan liar, perhutanan dan alam sekitar.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan formula penting kepada usaha menyeimbangi tanggungjawab manusia kepada bumi adalah menerusi Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala.
“Justeru, kita seharusnya menggunakan dan melindungi sumber alam sebaiknya dengan memulihara dan melakukan sesuatu secara lestari.
“Usaha ini harus diamalkan oleh semua peringkat manusia untuk memastikan kita terus berjaya, terutama dalam mendepani impak perubahan iklim.
“Kami percaya apabila alam dipinggirkan, penggunaan sumber alam secara tidak lestari, ia akan berkait dengan perubahan yang berlaku ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program sampingan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertajuk "Pengawasan Persekitaran dalam Menangani Kemiskinan bagi Mencapai Pembangunan Lestari untuk Semua" di ibu pejabat badan dunia itu, di sini, pada Khamis.
Turut hadir dalam program itu ialah rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Jelas Dr Mahathir, komitmen terhadap kelestarian alam sekitar itu diterjemah Malaysia menerusi keanggotaan dalam pelbagai konvensyen dan perjanjian melibatkan pemuliharaan hutan dan sebagainya.
Antara penyertaan Malaysia termasuk Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), Tanah Lembah Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) serta Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES).
“Malaysia berpandangan Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala merupakan formula penting dalam menyeimbangi tanggungjawab terhadap planet, tanggungjawab kepada penduduknya untuk memastikan hak mendapatkan makanan, pakaian dan perlindungan serta menyeimbangi hak penduduknya untuk bangkit dari kemiskinan, dan mencari kemakmuran jangka panjang, mampan dan kebersamaan untuk negara,” katanya.
Malah, jelas Dr Mahathir Malaysia juga telah meratifikasi Protokol Montreal sejak 1989 dalam menyokong usaha global mengurangkan dan menghapuskan penggunaan bahan yang menyumbang kepada penipisan lapisan ozon.
Selain itu, Malaysia juga katanya telah berjaya memenuhi perjanjian yang ditandatangani sewaktu Sidang Kemuncak Rio pada 1992, apabila hutan di Malaysia kini seluas 18.3 juta hektar, bersamaan 55.3 peratus keluasannya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Sep 26 2019
DR MAHATHIR: Kita seharusnya menggunakan dan melindungi sumber alam sebaiknya dengan memulihara dan melakukan sesuatu secara lestari. -Foto PMO/Nurhilmy Basiron
Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia
Kemas kini terbaharu yang dikeluarkan FIFA menyaksikan Indonesia melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Rusia melancarkan serangan besar kedua bulan ini terhadap infrastruktur tenaga Ukraine pada Khamis, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di seluruh negara.
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana ATACMS oleh Ukraine, yang dibekalkan Amerika Syarikat.
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana ATACMS oleh Ukraine, yang dibekalkan Amerika Syarikat.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan di Manhattan
Polis New York menahan sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin yang mengganggu Perarakan Thanksgiving Macy pada Khamis.
Jabatan Polis New York (NYPD) menyatakan penunjuk perasaan ditahan tanpa insiden, namun, jumlah mereka yang ditahan belum diketahui, dan pertuduhan masih dalam siasatan, menurut kenyataan tersebut.
Jabatan Polis New York (NYPD) menyatakan penunjuk perasaan ditahan tanpa insiden, namun, jumlah mereka yang ditahan belum diketahui, dan pertuduhan masih dalam siasatan, menurut kenyataan tersebut.
AWANI Ringkas: Terpaksa berpaut pada dahan, dihanyut arus banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ibu bapa mohon semak semula pertuduhan dihadapi
Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berdepan satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa minggu lalu untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.
10 November diisytihar Hari Enggang Kebangsaan
Pengisytiharan itu diharapkan dapat memangkin lebih banyak penyertaan aktif dalam aktiviti pemuliharaan hidupan liar.
BORA, RESPECT promosi kaedah baharu urus konflik gajah-manusia
Pendekatan itu termasuk membangunkan kawasan makanan gajah di lokasi tertentu, jauh dari kawasan ladang dan kebun.
Perhilitan Kelantan selamatkan tapir jatuh longkang
Haiwan itu dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Jedok yang terletak kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.
Kazakhstan akan bawa dua harimau belang Amur dari Belanda untuk pulihkan semula populasinya
Harimau belang Amur boleh menyesuaikan diri dengan suhu sejuk, manakala kebanyakan spesies lain hidup di kawasan yang panas dan lembap.
Harimau Malaya: Simbol gagah, hampir pupus sudah
Harimau Malaya kini diklasifikasikan sebagai Sangat Terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.
Padah miliki gading gajah
Miliki gading gajah dan dijadikan sebagai perhiasan konon sebagai lambang kemegahan hanya memakan diri selepas ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di Taman Gasing Indah, di sini, Selasa lalu.