KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di enam negeri dengan keseluruhan rampasan bernilai RM5.458 juta.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dalam kenyataan berkata dalam serbuan pertama di sekitar Puchong, Selangor pada 14 Mei lepas, pihaknya merampas 98,400 liter diesel bersubsidi.
Beliau berkata dalam serbuan itu, empat lelaki ditahan manakala sebuah lori tangki minyak, sebuah treler, dua kontena serta dua tangki Intermediate Bulk Container (IBC) disita dengan nilai dianggarkan RM1.033 juta dengan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Mohd Kamarudin berkata dalam serbuan kedua di sekitar Besut, Terengganu pada 15 Mei, pihaknya menahan seorang lelaki dan merampas antaranya 44 ular sawa 'bola', 11 ular sawa boa dan seekor ular sawa Burma bernilai RM155,504 dan kes disiasat mengikut Seksyen 69(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Dalam serbuan ketiga di sekitar Sibu, Sarawak dengan kerjasama Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), Kawalselia Padi dan Beras cawangan Sibu serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak pada 15 Mei lepas, Mohd Kamarudin berkata pihaknya menahan seorang lelaki dan merampas 649,750 kilogram beras import bernilai RM2.121 juta.
Kes berkenaan, katanya disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) iaitu kesalahan di bawah Peraturan 8(A) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996.
Beliau berkata dalam serbuan keempat di Sibu pada tarikh sama, polis merampas 5,831 kotak makanan sejuk beku mengandungi pelbagai bahagian ayam seperti kepak dan tongkeng dengan rampasan berjumlah RM1.880 juta dan kompaun bernilai RM25,000 telah dilaksanakan serta-merta seperti termaktub mengikut Seksyen 9(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
Sementara itu, Mohd Kamarudin berkata dalam serbuan kelima di sekitar Gombak, di sini pada 16 Mei lepas, pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta merampas seekor burung jenis greater green leafbird, black-crested bulbul, yellow-whiskered, bayan serindit, ruak-ruak dan common iora dengan nilai dianggar RM10,250.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 60(1)(b) dan Seksyen 22(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.
Beliau berkata dalam serbuan keenam di Kota Kinabalu, Sabah, pihaknya menahan dua lelaki dan merampas 52.944 kilogram gula kasar bersubsidi bernilai RM256,626, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.
Menurut Mohd Kamarudin sejak 1 Jan hingga 19 Mei lepas, pihaknya menjalankan 78 serbuan di seluruh negara dan menahan 172 individu bagi membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar, ketirisan barangan kawalan dan barangan tidak berkastam dengan rampasan berjumlah RM194.672 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas. - Foto Sinar Harian

322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh 5 jam selepas serangan Israel
Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Kuih bongkol, juadah utama berbuka puasa di Sarawak
Kuih bongkol dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus untuk memberikan aroma semula jadi yang menambat selera.

Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta
Polis turut berjaya membongkar sebuah kilang yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah di sebuah kawasan perindustrian.

Korea Utara kecam serangan baharu AS di Yaman
Korea Utara mengecam serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Yaman serta menyifatkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.
Anggota JPJ lindungi syarikat lori dipenjara setahun, denda RM80,000
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan membri rasuah kepada anggota lain bagi melindungi kesalahan pengusaha lori, enam tahun lalu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan talian hotline 1-300-22-1638.
[TERKINI] Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar kepada pendakwa raya sebelum Jumaat ini
Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung insiden seorang warga emas menampar pemuda bukan Islam ketika sedang makan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pusat membeli belah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini.
[TERKINI] Penuntut universiti direman enam hari tikam bekas kekasih
Seorang remaja lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang penuntut perempuan sebuah universiti.

Google lancar SpeciesNet – Model AI untuk kenal pasti spesies haiwan liar
Sebanyak 65 juta gambar haiwan liar sumber terbuka digunakan Google untuk melatih SpeciesNet.

JKDM bongkar rumah terbiar jadi stor arak di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar sindiket penyeludupan minuman keras selepas serbuan ke atas sebuah rumah terbiar di kawasan pesisir dekat Jelutong Timur.

10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.