KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Jepun terus memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, kesudian Timbalan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, TYT Kokuba Konosuke untuk menerima kunjungan beliau dan delegasi Kementerian Kerja Raya (KKR) di Tokyo semalam merupakan sebuah kesinambungan hubungan baik antara Malaysia dan Jepun yang telah dimeterai sejak 65 tahun yang lalu.
Menerusi pertemuan di negara matahari terbit itu, mereka berdua turut berkongsi maklumat berhubung kait pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya dan cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal antara dua buah negara itu.
Tambah Menteri KKR itu lagi, pertemuan empat mata antara dua negara itu juga selaras dengan tema Dasar Pembinaan Negara 2030 iaitu pendigitalan sektor pembinaan negara dan beliau turut yakin bahawa negara Malaysia dapat memanfaatkan kepakaran teknologi Jepun dalam sektor pembinaan dan infrastruktur.
"Selain itu, perbincangan turut tertumpu kepada potensi kerjasama yang boleh diteroka oleh kedua-dua pihak dalam sektor pembinaan.
"Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut dalam aspek teknikal di peringkat pengawai kedua-dua pihak," katanya menerusi kenyataan media di Facebook pada Khamis.
Beliau juga amat teruja dan menghargai persetujuan maklum balas daripada pihak Jepun yang bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan dan jemputan program antarabangsa anjuran agensi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang akan diadakan pada tahun ini.
"Dua program yang akan dilaksanakan adalah Highway Concession Conference pada 24 dan 25 September ini serta International Construction Week pada November.
"Saya berharap pertemuan empat mata ini akan memberi hasil positif dengan dimuktamadkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang dihasratkan untuk dimeterai pada suku kedua 2024 dan seterusnya pada Program KKR sempena Ekspo Dunia Osaka 2025.
"Perjanjian persefahaman ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada pemain industri sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang mana Malaysia dan Jepun adalah ahli di dalam CPTPP ini," ujarnya lagi.
Pia Ernadya
Thu Apr 25 2024
![Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714041051_tbAlexanderNantaLi.jpg)
Pertemuan antara dua negara itu merupakan sebuah kesinambungan hubungan baik yang telah dimeterai sejak 65 tahun yang lalu. - Foto Facebook Alexander Nanta Linggi.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025 Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718283985_TBAhmadMaslan.jpg)
Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025
Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dijangka dapat beroperasi sepenuhnya lebih awal iaitu pada April tahun depan.
![LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline' LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708958397_TBHighway.jpg)
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
![KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716891704_AlexanderNantaLing.jpg)
KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) membangunkan Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (NCIP) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatannya.
![Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716208683_AlexanderNantaLing.jpg)
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
![KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715685499_tbAhmadMaslan.jpg)
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
![KKR syor teliti semula tempoh siap projek KKR syor teliti semula tempoh siap projek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715683254_tbAhmadMaslan.jpg)
KKR syor teliti semula tempoh siap projek
Ahmad berkata ia termasuk mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
![Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714017901_AlexanderNantaLing.jpg)
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
![Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711027180_tbAhmadMaslan.jpg)
Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
![Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700208567_langkawi.jpg)
Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR
Dua projek infrastruktur di Langkawi bernilai lebih RM137 juta dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada Januari tahun hadapan.
![KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656998972_TBLOGO.jpg)
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.