GEORGE TOWN: Malaysia berhasrat meningkatkan hubungan diplomatik dengan China bagi mengukuhkan perkongsian strategik antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata lawatan Menteri Luar China, Wang Yi yang juga Menteri Kanan di China ke Malaysia hari ini amat penting, yang mencerminkan hubungan kukuh antara kedua-dua negara.
"Pendirian kita adalah untuk memastikan hubungan dengan China kekal kukuh dan ditingkatkan lagi daripada penglibatan diplomatik biasa, untuk menjadi perkongsian strategik yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Wang dan perwakilan China di sini hari ini.
Anwar berkata beliau juga berterima kasih kepada Wang kerana membantu dalam membawa banyak pelaburan utama China ke Malaysia.
Terdahulu, Wang mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar selama kira-kira 25 minit di Hotel Eastern dan Oriental di sini hari ini, sebelum perjumpaan itu disertai oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kedua-dua negara turut merancang untuk meneroka keperluan meningkatkan kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.
"Perbincangan kami bertumpu kepada isu perdagangan dan pelaburan, namun kami juga menyentuh soal pendidikan. Malaysia mempunyai jumlah pelajar dari China yang cukup besar di sini, kira-kira 60,000 orang, dan mereka (China) juga berhasrat meningkatkan jumlah pelajar Malaysia di China," katanya.
Pertemuan itu menandakan kepentingan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, yang menyaksikan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$110.6 bilion (RM488 bilion) pada 2022.
Tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan, menandakan persahabatan yang lama terjalin dan kerjasama mantap dalam pelbagai sektor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
![Malaysia hasrat tingkat hubungan diplomatik, kukuh perkongsian strategik dengan China - PM Malaysia hasrat tingkat hubungan diplomatik, kukuh perkongsian strategik dengan China - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691750078_TBKunjunganHormat.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berbual dengan Menteri Luar China Wang Yi ketika menerima Kunjungan Hormat daripada Menteri Luar China tersebut di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin
Serangan pada Sabtu mengorbankan nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan individu lain.
![Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720870240_Keretaapithailand.jpg)
Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian
Perkhidmatan kereta api penumpang merentasi sempadan Thailand-Laos memulakan operasi percubaannya pada Jumaat.
![Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717426717_Kualalumpur.jpg)
Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar
Kata Perdana Menteri, jika rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa lembap meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.
![Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720782291_KualaLumpur.jpg)
Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi
Majalah Forbes baru-baru ini telah menerbitkan satu artikel yang sangat menarik tentang Malaysia yang sewajarnya perlu diberi perhatian oleh akhbar tempatan dan juga antarabangsa.
![Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan
Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan tiga tonggak utama digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi, dan sosiobudaya, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720528606_SulungQingdao.jpg)
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
![Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720219967_tbMarkasPemerintaha.jpg)
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
![Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720171355_MOHDRABINBASIR.jpg)
Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand
Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai 2024.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024 Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720004190_PDRM.jpg)
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.