SHANGHAI: Malaysia giat menggalakkan pelaburan dalam teknologi baharu seperti teknologi kewangan, e-dagang dan kesihatan digital, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Beliau berkata Malaysia telah mewujudkan sandbox kawal selia untuk menggalakkan inovasi dan menyediakan ruang selamat untuk menguji idea baharu.
"Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai program insentif dan geran untuk menyokong syarikat permulaan teknologi dan menarik pelaburan langsung asing," katanya dalam ucaptama bertajuk "Teknologi Memacu Perubahan" di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2023 di sini hari ini.
MWC Shanghai 2023 diadakan dari 28 hingga 30 Jun 2023 di Shanghai New International Expo Centre, yang menyaksikan penyertaan kira-kira 300 peserta pameran, termasuk pemain global seperti Huawei.
Teo berkata kerjasama adalah kunci untuk merealisasikan sepenuhnya potensi pelaburan teknologi dan digital di Asia.
"Kami mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat teknologi antarabangsa, pelabur dan inovator.
"Dengan bekerjasama, kami dapat memanfaatkan kekuatan kami, berkongsi pengetahuan dan memacu perubahan transformatif dalam industri," katanya.
Menurut Teo, syarikat yang berada di Malaysia akan dapat meneroka pasaran Asia yang luas dan memanfaatkan lokasi strategik Malaysia untuk berkembang lebih jauh ke negara jiran.
Beliau berkata ekonomi digital adalah antara tonggak utama ekonomi Malaysia, menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2021.
"Angka ini diunjurkan meningkat kepada 25.5 peratus menjelang 2025," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023

Teo berkata Malaysia telah mewujudkan sandbox kawal selia untuk menggalakkan inovasi dan menyediakan ruang selamat untuk menguji idea baharu. -Gambar fail/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.

IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.

JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.

100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.

Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.

Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo
Tujuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan mula beroperasi di Sabah pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.

RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.

446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.

Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.