PUTRAJAYA: Malaysia menggesa negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk terus bersatu dalam mempertahankan pendirian berprinsip NAM mengenai Palestin, serta mengecam kekejaman dan dasar aparteid rejim Israel.
Ini adalah antara isu dibangkitkan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin yang diadakan di Baku, Azerbaijan pada Rabu, menurut kenyataan Kementerian Luar.
"Malaysia turut menzahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa di Palestin, sehingga menyebabkan kehilangan nyawa orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak serta kemusnahan bangunan dan infrastruktur secara berterusan.
"Ia juga mengecam jumlah peningkatan penempatan haram di Palestin dan tindakan rejim Israel yang memperlekehkan undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan serta hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azerbaijan dan dihadiri oleh 15 negara anggota NAM yang merupakan anggota Jawatankuasa NAM Mengenai Palestin.
Menurut kenyataan itu, Malaysia mengesali insiden terkini di Jenin yang melibatkan pembunuhan rakyat awam Palestin oleh rejim Israel.
Selain itu, ia turut mengkritik sikap pilih kasih negara-negara Barat yang kerap mengecam konflik di negara-negara lain tetapi melindungi rejim Israel daripada bertanggungjawab ke atas tindakan penindasan terhadap warga Palestin.
"Pendirian Malaysia masih kekal sama iaitu memperakui hak Palestin dan rakyatnya untuk memiliki negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat sama seperti negara merdeka yang lain di dunia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Malaysia mengesali insiden terkini di Jenin yang melibatkan pembunuhan rakyat awam Palestin oleh rejim Israel. - AP

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

UNGA79: Malaysia gesa NAM sokong Resolusi ES-10/24, demi pembebasan Palestin
NAM juga harus desak komuniti yang menceroboh dikenakan sekatan secara keseluruhan serta mendesak agar bekalan senjata dan peluru kepada Israel dihentikan.

Hubungan Iran-Malaysia akan terus tingkatkan ikatan budaya
Ikatan kukuh dan unik antara Iran dan Malaysia yang berakar umbi dalam kebudayaan dan ketamadunan telah berkembang sejak empat dekad lalu.

Deklarasi Kampala sidang kemuncak NAM kecam pencerobohan Israel, gesa gencatan senjata di Gaza
Deklarasi itu turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan sewenang-wenangnya terhadap orang awam Palestin dan tindakan rejim Israel mengusir penduduk.

NAM sentiasa sokong perjuangan Palestin - Utusan Palestin ke PBB
Serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas Gaza menjadi antara isu utama yang akan dibincangkan dalam sidang kemuncak mingguan negara anggota NAM.

Timbalan Menteri Luar ketua delegasi Malaysia ke NAM
Kenyataan Malaysia antara lain akan menekankan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara-negara membangun.

Zambry adakan mesyuarat dua hala dengan rakan NAM dari tujuh negara
Semasa pertemuan Zambry dengan rakan sejawatannya dari Iraq, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala.

Malaysia gesa NAM pertahan pendirian berprinsip mengenai isu Palestin
Malaysia mengesali insiden terkini di Jenin yang melibatkan pembunuhan rakyat awam Palestin oleh rejim Israel.

NAM mesti kekal berkecuali, tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar
NAM tidak boleh mengetepikan kebimbangan dan kepentingan negara-negara anggota dalam menegakkan prinsip NAM.

Penubuhan negara Palestin penyelesaian tunggal konflik Israel-Palestin
Penyelesaian tunggal konflik Israel-Palestin adalah menerusi pembentukan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur dijadikan ibu negara.

Kekejaman Israel: Malaysia, OIC, NAM sokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan demi keadilan Palestin
Malaysia pada masa sama menegaskan Israel perlu memberi bekerjasama sepenuhnya bagi memastikan COI dapat melaksanakan tugasnya dengan berkesan.