KUALA LUMPUR: Penyelesaian tunggal konflik Israel-Palestin adalah menerusi pembentukan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur dijadikan ibu negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada 'Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Peringkat Menteri Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) mengenai Palestin' secara dalam talian pada Selasa.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataannya pada Rabu berkata, Kamarudin turut mengulangi kutukan keras Malaysia terhadap pencabulan dan serangan yang dilancarkan rejim Israel ke atas penduduk Palestin dan mengukuhkan lagi solidariti Malaysia dengan rakyat Palestin.
Timbalan Menteri Luar itu turut menggariskan tiga tindakan yang perlu diambil negara anggota NAM bagi menyokong Palestin, termasuk menyalurkan bantuan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.
"Dengan secara tegas menggunakan semua saluran perundangan, ekonomi dan politik bagi menuntut Israel mematuhi semua tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ketetapan Majlis Keselamatan termasuk Ketetapan 2334.
"Dan mendesak semua yang mempunyai pengaruh dan kemampuan untuk menamatkan konflik ini, terutama Majlis Keselamatan PBB dan Kuatet Timur Tengah, melaksanakan tanggungjawab mereka memastikan pihak yang terbabit kembali berunding secara aman dan mencari penyelesaian berkekalan," katanya.
Mesyuarat luar biasa itu dipengerusikan Menteri Luar Azerbaijan, Jeyhun Bayramov disertai 12 anggota tetap Jawatankuasa Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin, termasuk Malaysia dan Palestin.
Pada mesyuarat itu, Menteri Hal Ehwal Luar Palestin, Riad Malki, memaklumkan kepada jawatankuasa itu bahawa serangan dan kekerasan Isrel terhadap penduduk Palestin serta tindakan mereka merampas tanah, terus memuncak.
Beliau meminta negara anggota NAM terus menyokong usaha perundangan Palestin bagi memastikan Israel bertanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukannya.
Riad Malki turut menggesa negara anggota NAM menamatkan kerjasama ketenteraan dan perdagangan dengan Israel bagi memaksa rejim itu mengaku secara terbuka dan tanpa syarat menamatkan pendudukan dan menghormati hak rakyat Palestin.
Mesyuarat berkenaan kemudiannya meluluskan Deklarasi Politik menggesa sokongan politik, ekonomi dan kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin serta mendukung penuh hak dan kedaulatan Negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara berasaskan sempadan sebelum 1967.
Ia juga menggesa langkah segera perlu diambil bagi memastikan perlindungan orang awam Palestin selaras dengan undang-undang antarabangsa selain berikrar memastikan pelaksanaan ketetapan PBB yang berkaitan ke arah penyelesaian adil, berkekalan, menyeluruh dan secara aman berhubung persoalan Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Kamarudin turut menggariskan tiga tindakan yang perlu diambil negara anggota NAM bagi menyokong Palestin. - BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.