Mengikut indikasi cuaca, corak angin serta tindakan yang dirangka dalam memadam kebakaran hutan, Malaysia dijamin bebas daripada dilanda jerebu rentas sempadan tahun ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan fenomena El Nino dan La Nina yang membawa hujan dan kepanasan melampau tidak akan berlaku tahun ini, dibantu keadaan neutral di Lautan Hindi yang akan berterusan sehingga akhir tahun.
"MetMalaysia juga melaporkan bahawa tiada perkara (cuaca) yang abnormal akan berlaku sebagaimana terjadi pada 2014 dan 2015, yang dilihat antara pendorong berlakunya jerebu.
"Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga akan mengambil tindakan drastik menghalang masyarakat melakukan pembakaran terbuka bermula bulan depan kerana tidakan itu boleh menyebabkan situasi jerebu berkelompok terjadi seperti yang berlaku di Baram, Sarawak sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan di sini hari ini yang turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim.
Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) juga telah membina telaga air tanah di 67 kawasan kering yang berisiko terbakar selain pembinaan 'check dam' atau sekatan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menghalang kebakaran di tanah gambut.
Wan Junaidi berkata keyakinan Malaysia bebas jerebu juga berdasarkan tindakan efisien pihak berkuasa Indonesia dalam mendepani cabaran itu, antaranya menambah bilangan helikopter yang boleh melakukan operasi bom air.
Katanya Indonesia juga telah menubuhkan pasukan petugas khas yang akan bertindak mencari dan memadam segera kebakaran yang berlaku di kawasan-kawasan sering berlaku kebakaran hutan seperti di Kalimantan.
Malaysia juga komited menawarkan pesawat Bombardier untuk digunakan dalam operasi memadam kebakaran, katanya.
Pesawat jenis Bombardier CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang boleh membawa sehingga 3,000 liter air setiap enam saat itu pernah digunakan dalam operasi memadam kebakaran hutan di Indonesia pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017

WAN JUNAIDI: Malaysia dijamin bebas daripada jerebu rentas sempadan tahun ini. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mansuh hukuman mati mandatori: Tinjauan awam akan dibuat
Tinjauan awam itu akan dilaksanakan sebelum usul pindaan dibentangkan pada Oktober ini.

Pasar Satok kembali meriah, peniaga dan pengunjung patuh SOP
Pasar Satok di Kuching sentiasa menjadi tumpuan penduduk tempatan juga antara menjadi antara lokasi wajib kunjung bagi pelancong dalam dan luar negara.

COVID-19: RM200 juta bantu 33,000 usahawan mikro
Seramai 33,000 usahawan mikro disasarkan yang akan mendapat manfaat daripada skim CBRM ini dengan nilai maksimum pembiayaan ialah sehingga RM10,000.

TEKUN Nasional buka enam cawangan baharu di pedalaman Sarawak
Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional mewujudkan enam pejabat cawangan di kawasan pedalaman Sarawak.

Tidak ada dasar nasional mengenai penggunaan beg plastik - Wan Junaidi
Penggunaan barangan polisterina dan beg plastik serta pengurusan buangan domestik terletak di bawah kerajaan negeri.

Kerajaan Pulau Pinang jangan berdegil - Wan Junaidi
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan banyak laporan yang masih belum diterima sehingga kini daripada pihak pemaju dan kerajaan negeri

Malaysia dijamin bebas jerebu tahun ini - Wan Junaidi
Mengikut indikasi cuaca, corak angin serta tindakan yang dirangka dalam memadam kebakaran hutan, Malaysia dijamin bebas daripada jerebu rentas sempadan tahun ini, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi.

Malaysia di landasan baik capai sasaran kurangkan intensiti pelepasan karbon
Malaysia berada di landasan yang baik ke arah memenuhi sasaran mengurangkan intensiti pelepasan karbon dioksida daripada KDNK sebanyak 45 peratus pada 2030, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi.

Kerajaan Persekutuan lulus RM281 juta untuk projek pembangunan Lembangan Sungai Moyog
Kerajaan Persekutuan meluluskan RM281 juta bagi pelaksanaan Pakej 1 dan Pakej 3 projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog.

Rujuk Perhilitan untuk lesen, permit khas hidupan liar - Wan Junaidi
Mereka yang berminat menjalankan aktiviti berkaitan hidupan liar perlu merujuk Perhilitan terlebih dahulu berkaitan keperluan untuk mendapatkan lesen, permit dan permit khas hidupan liar.