Kerajaan Persekutuan meluluskan RM281 juta bagi pelaksanaan Pakej 1 dan Pakej 3 projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog bagi mengurangkan kawasan dilanda banjir di daerah Penampang dan Putatan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pelaksanaan projek berkenaan akan mengurangkan keluasan kawasan yang dilanda banjir di lembangan Sungai Moyog terutama di Kepayan, Pekan Kibabaig, Pekan Donggongon dan Pekan Putatan.
Selain mengurangkan magnitud kekerapan banjir, katanya projek yang dijangka siap pada 2020 itu juga akan meningkatkan tahap kemampanan kualiti hidup bagi penduduk di kawasan berkenaan serta menyelamatkan Jalan Raya Minintod-Inanam daripada dilanda banjir.
"Selaras dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat khususnya mangsa-mangsa banjir di seluruh negara termasuk Sabah," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan di sini hari ini.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Wan Junaidi berkata pada tahun 2011, kajian pelan induk mengenai projek itu telah dijalankan dan reka bentuk terperinci untuk projek berkenaan telah disiapkan pada April 2014.
Peruntukan RM281 juta itu merupakan sebahagian daripada RM481 juta yang disediakan Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi pelaksanaan empat projek tebatan banjir yang disifatkan sebagai 'penyelesaian secara menyeluruh' masalah banjir di daerah berkenaan.
Kerja-kerja pembinaan Pakej 1 telah bermula pada 21 Nov 2016 untuk disiapkan dalam tempoh 36 bulan dan Pakej 3 dijangka akan bermula pada April ini, manakala tender bagi Pakej 2 dan 4 dijangka dikeluarkan masing-masing pada April dan Julai tahun ini.
Dalam pada itu, Wan Junaidi turut mengingatkan penduduk di kawasan terbabit bahawa konsep penyelesaian menyeluruh masalah banjir itu mungkin tidak menjadi realiti jika berlaku perubahan cuaca luar jangka serta sikap penduduk sendiri yang tidak memelihara sungai.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata dalam Rolling Plan Kedua (RP2) RMK-11, sebanyak 13 projek utama baharu telah diluluskan dengan kos projek RM347.3 juta dan 13 projek utama sambungan berjumlah RM552.3 juta untuk dilaksanakan di Sabah oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian itu antara tahun 2016 hingga 2020.
Terdahulu, Musa dalam teks ucapannya yang dibacakan Yahya berkata kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan yang terbesar untuk Sabah untuk projek tebatan banjir seumpama itu.
Beliau berharap agar pegawai dan kakitangan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan yang terlibat dalam projek itu memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan projek berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2017

WAN JUNAIDI: Kerajaan Persekutuan meluluskan RM281 juta bagi pelaksanaan Pakej 1 dan Pakej 3 projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mansuh hukuman mati mandatori: Tinjauan awam akan dibuat
Tinjauan awam itu akan dilaksanakan sebelum usul pindaan dibentangkan pada Oktober ini.

Pasar Satok kembali meriah, peniaga dan pengunjung patuh SOP
Pasar Satok di Kuching sentiasa menjadi tumpuan penduduk tempatan juga antara menjadi antara lokasi wajib kunjung bagi pelancong dalam dan luar negara.

COVID-19: RM200 juta bantu 33,000 usahawan mikro
Seramai 33,000 usahawan mikro disasarkan yang akan mendapat manfaat daripada skim CBRM ini dengan nilai maksimum pembiayaan ialah sehingga RM10,000.

TEKUN Nasional buka enam cawangan baharu di pedalaman Sarawak
Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional mewujudkan enam pejabat cawangan di kawasan pedalaman Sarawak.

Tidak ada dasar nasional mengenai penggunaan beg plastik - Wan Junaidi
Penggunaan barangan polisterina dan beg plastik serta pengurusan buangan domestik terletak di bawah kerajaan negeri.

Kerajaan Pulau Pinang jangan berdegil - Wan Junaidi
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan banyak laporan yang masih belum diterima sehingga kini daripada pihak pemaju dan kerajaan negeri

Malaysia dijamin bebas jerebu tahun ini - Wan Junaidi
Mengikut indikasi cuaca, corak angin serta tindakan yang dirangka dalam memadam kebakaran hutan, Malaysia dijamin bebas daripada jerebu rentas sempadan tahun ini, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi.

Malaysia di landasan baik capai sasaran kurangkan intensiti pelepasan karbon
Malaysia berada di landasan yang baik ke arah memenuhi sasaran mengurangkan intensiti pelepasan karbon dioksida daripada KDNK sebanyak 45 peratus pada 2030, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi.

Kerajaan Persekutuan lulus RM281 juta untuk projek pembangunan Lembangan Sungai Moyog
Kerajaan Persekutuan meluluskan RM281 juta bagi pelaksanaan Pakej 1 dan Pakej 3 projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog.

Rujuk Perhilitan untuk lesen, permit khas hidupan liar - Wan Junaidi
Mereka yang berminat menjalankan aktiviti berkaitan hidupan liar perlu merujuk Perhilitan terlebih dahulu berkaitan keperluan untuk mendapatkan lesen, permit dan permit khas hidupan liar.