KUALA LUMPUR: Malaysia Digital merupakan satu fasa baharu untuk memacu ekonomi digital negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata MD adalah satu fasa amat penting dan bersesuaian dengan aspirasi diutamakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu untuk merakyatkan penyertaan ekonomi melalui penglibatan dalam sektor ekonomi digital.
"Ini bertepatan berlaku di saat negara, Insya-Allah bergerak menghampiri pencapaian kesalinghubungan 100 peratus dengan kelajuan telah melepasi secara hitung panjang 40 megabit per saat (Mbps).
"Dan sejumlah tujuh juta premis yang mempunyai keterhubungan secara talian tetap (fixed line) yang memungkin prasarana lebih berkualiti tinggi disiapkan dalam negara," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Malaysia Digital (MD) di sini hari ini.
MD dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin
MD adalah program di bawah agensi peneraju ekonomi digital negara, MDEC yang dipertingkat bagi menggantikan MSC Malaysia yang telah wujud selama 25 tahun.
Annuar berkata sebelum ini Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan satu inisiatif untuk menyambut kemunculan dunia teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dengan melancarkan MSC Malaysia pada waktu itu.
"MSC hanya ditumpukan pada satu jajaran kawasan tertentu di mana unsur-unsur ICT, syarikat-syarikat ICT mula menjejak kaki ke negara kita dan memainkan peranan memajukan dan membangunkan ekonomi. ICT dan kemajuan berkaitannya telah melalui satu fasa kemajuan pembangunan dengan pesat sekali.
"Pelancaran MD menandakan fasa baharu, satu proses merekayasa, mencipta semula (reinventing) MSC dengan bukan lagi soal berkaitan ekonomi dan prasarana bagi membolehkan penyertaan rakyat berasaskan kalau dulunya sektor pertanian dan perbuatan.
BACA: Pelaksanaan Malaysia Digital diselaras di peringkat tertinggi kerajaan - PM
BACA: Ekonomi digital negara dijangka lepasi 25 peratus KDNK menjelang 2025 - PM
"Tetapi sekarang negara amat bergantung kepada pengetahuan ekonomi maka inilah detik yang paling sesuai dan bersejarah dicipta oleb Perdana Menteri kesembilan," kata Annuar.
MD akan membolehkan Malaysia lebih bersedia dalam mendepani persekitaran ekonomi dinamik dan membantu dalam memeprkasa asas negara digital menjadi lebih kukuh dan impaknya akan memberi manfaat kepada rakyat, perniagaan, kerajaan serta negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa ketika berucap pada Majlis Pelancaran Malaysia Digital dan Sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Malaysia (MDEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.

MDEC tekankan tiga bidang penting dalam fokus ekonomi digital Islam
Syed Ibrahim berkata, ini telah dirancang dengan strategik untuk memudahkan ekosistem tersebut berkembang maju.

Permohonan geran MDAG 2023 kini sudah dibuka
Permohonan untuk Malaysia Digital Acceleration Grant (MDAG) 2023, kini dibuka bermula hari ini hingga 28 Julai.

Malaysia Digital pacu ekonomi digital negara - Annuar Musa
Malaysia Digital merupakan satu fasa baharu untuk memacu ekonomi digital negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Ekonomi digital negara dijangka lepasi 25 peratus KDNK menjelang 2025 - PM
Pada 2021 sahaja, sektor ekonomi digital telah mencapai 22.6 peratus KDNK.

Pelaksanaan Malaysia Digital diselaras di peringkat tertinggi kerajaan - PM
Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan.

Inisiatif Malaysia Digital letak negara di saf hadapan sektor ekonomi digital - Annuar
Malaysia Digital adalah program di agensi peneraju ekonomi digital negara, MDEC yang dipertingkat bagi menggantikan MSC Malaysia yang telah wujud selama 25 tahun.

MSC Malaysia dijenamakan semula sebagai Malaysia Digital
MSC Malaysia perlu berkembang berikutan peralihan pantas norma sosio-ekonomi sebagai tindak balas kepada kemajuan teknologi digital.