KUALA LUMPUR: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan memberi penekanan kepada tiga bidang penting dalam fokus Ekonomi Digital Islam (IDE) iaitu kewangan Islam, halal dan gaya hidup.
Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata ini telah dirancang dengan strategik untuk memudahkan ekosistem tersebut berkembang maju.
Menurutnya peranan MDEC dalam memacu inisiatif IDE ini meliputi pelbagai aspek dan agensi ini komited untuk menyokong syarikat-syarikat IDE dengan menyediakan ekosistem yang komprehensif dari segi bimbingan, pembiayaan, padanan perniagaan dan akses pasaran.
"Kami sedang menjalinkan usaha yang menggalakkan kerjasama dan perkongsian efektif antara bekalan, permintaan dan pengupaya," katanya dalam ucapan alu-aluan pada Persidangan Industri IDE 2023 di sini semalam.
Syed Ibrahim berkata persidangan semalam berperanan sebagai satu platform yang bukan sahaja membincangkan potensi dan meningkatkan lagi hala tuju bidang IDE, malah, untuk memeterai memorandum persefahaman yang akan menjadi asas kepada usaha kerjasama yang selanjutnya.
"Ini hanyalah langkah pertama dalam melaksanakan projek perintis yang diharapkan mewujudkan pembuktian konsep yang berjaya supaya boleh dikomersialkan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata menerusi inisiatif seperti Malaysia Digital, MDEC komited untuk melahirkan ekosistem digital yang mendorong inovasi, memperkasa perniagaan dan membolehkan rangkuman digital.
"Kami sedang merangka Program Mangkin Malaysia Digital atau Pemangkin yang bertujuan memangkin dan mempercepat pertumbuhan dalam sektor ini.
"MDEC juga memainkan peranan sebagai penghubung antara industri Islam tradisional dan digital dengan bekerjasama erat dengan badan pensijilan halal, institusi kewangan Islam dan pihak berkepentingan lain untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam proses pihak berkenaan, sekali gus meningkatkan kecekapan, ketelusan dan pematuhan.
"Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan, malah turut memperkukuh ekosistem halal dan capaian terhadap kewangan Islam," kata Syed Ibrahim.
Menurut laporan Horizon - Penerbitan Ekonomi Digital 2022 MDEC, ekonomi digital adalah antara tunjang ekonomi utama negara, menyumbang sebanyak 23.2 peratus atau RM348 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara pada 2021.
Sumbangan ini dijangka mencapai 25.5 peratus menjelang 2025 atau melebihi RM382 bilion.
Pada 2022, ekonomi digital terus menunjukkan momentum yang teguh dengan pelaburan digital langsung asing baharu dan pelaburan digital langsung domestik diluluskan, masing-masing bernilai RM42 bilion dan RM4.76 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Syed Ibrahim berkata menerusi inisiatif seperti Malaysia Digital, MDEC komited untuk melahirkan ekosistem digital yang mendorong inovasi, memperkasa perniagaan dan membolehkan rangkuman digital. - Gambar fail/Facebook Syed Ibrahim Syed Noh

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind
Strategi Pelaburan Malaysia Digital inisiatif lima tahun yang dilaksanakan MDEC berjaya menarik pelaburan sebanyak RM224.72 bilion setakat suku ketiga 2024.

MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara
Gobind berkata persidangan ini menggariskan lima bidang transformasi utama iaitu Data Trust, Next-Gen Computing, Computer Vision, Metaverse, dan Digital Twins.

Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport RM45 juta - Gobind
Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh 2014 hingga 2024, kata Menteri Digital Gobind Sing

Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta Menteri Pengangkutan nyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini.

Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC
Belanjawan ini diumumkan pada waktu yang tepat dan selaras dengan persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN 2025.

MDEC sasar kerjasama teknologi, bandar pintar di GITEX Global 2024
MDEC telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di GITEX Global 2024.

Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.

Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC
Pelantikan diumumkan Syed Ibrahim, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024
MDEC dan MATRADE telah memudah cara lebih 150 padanan perniagaan yang berpotensi untuk 10 studio dan syarikat Malaysia semasa Tokyo Game Show (TGS) 2024.