KUALA LUMPUR: Ekonomi digital Malaysia dijangka berkembang melepasi sasaran awal sebanyak 25 peratus kepada Keluaran Negara Dalam Kasar (KDNK) menjelang 2025, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika berucap merasmikan Malaysia Digital (MD) hari ini, Perdana Menteri berkata, sektor ekonomi digital telah pun mencapai 22.6 peratus pada 2021.
Menurut beliau, pencapaian itu adalah susulan kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) yang berjaya mentrasformasi dan mempelbagaikan ekonominya daripada berasaskan pertanian, komoditi dan industri kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi komunikasi maklumat (ICT).
“Antara sektor yang pesat berkembang ialah e-Dagang yang menyumbang sebanyak 11.5 peratus kepada KDNK pada 2020 berbanding 8.5 peratus pada 2019.
“Nilai transaksi e-Dagang negara juga telah mencecah RM1 trilion buat pertama kalinya tahun lepas, meningkat sebanyak 21.8 peratus berbanding 2020,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan MD, yang dahulunya dikenali sebagai MSC Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program dan inisiatif pembangunan ekonomi negara termasuk ekonomi digital negara yang semakin berkembang dengan jumlah organisasi, perniagaan dan pelabur yang terus bertambah.
Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), jelas Ismail Sabri lagi, telah memperkenalkan pelbagai program dan inisiatif dengan objektif menyebarkan manfaat ekonomi digital kepada seluruh Keluarga Malaysia.
“MDEC, selaku badan yang menerajui MSC Malaysia sejak 1996 telah berjaya mencorakkan ekosistem digital negara secara berterusan.
“Sehingga Disember 2020, terdapat 2,700 buah syarikat berstatus MSC yang aktif dari dalam dan luar negara yang bertapak di negara kita,” jelas beliau.
Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, inisiatif MSC perlu diberikan nafas baharu bagi memastikan inisiatif memacu ekonomi digital Malaysia terus relevan termasuk dengan penjenamaannya sebagai MD selain memastikan tadbir urus dan strategik pelaksanaannya diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan.
Firdaus Azil
Mon Jul 04 2022
Datuk Seri Ismail Sabri hadir ke Majlis Pelancaran Malaysia Digital di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama beberapa menteri dan timbalan menteri. - Gambar ASTRO AWANI/ SHAHIR OMAR
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Pusat data serantau pertama Microsoft di Malaysia dijangka wujudkan 19,000 pekerjaan - Muhyiddin
Malaysia menyambut baik komitmen jangka panjang Microsoft Corp bersama-sama negara ini menerusi inisiatif Bersama Malaysia dalam memperkasakan Ekonomi Digital Malaysia.