DUBAI: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan MSC Malaysia akan dipertingkatkan dan dinamakan semula sebagai Malaysia Digital.
Beliau berkata, MSC Malaysia perlu berkembang berikutan peralihan pantas norma sosio-ekonomi sebagai tindak balas kepada kemajuan teknologi digital.
“Sejak diperkenalkan pada 1996, MSC Malaysia telah memangkin dan mengubah Malaysia menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan.
“Ia sememangnya satu program yang tidak pernah dilihat di dunia pada tahun 1996 – sebuah “game changer” . Dalam pelbagai aspek, MSC Malaysia adalah syarikat permulaan“startup” pada masa istilah “startup” masih belum dicipta,'' katanya ketika berucap merasmikan Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo 2020 di Dubai pada Rabu.
MSC Malaysia, menurut beliau, telah membantu memacu pertumbuhan ekonomi digital negara, yang kini menyumbang 22.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Di bawah Malaysia Digital, beliau turut mengumumkan dua insiatif utama iaitu program De Rantau yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan.
Sementara The Malaysia Digital Trade Programme pula untuk membantu kebolehoperasian dan penyelarasan perdagangan dalam dan luar negara.
Beliau berkata, kerajaan telah mengenal pasti ekonomi digital sebagai salah satu bidang pertumbuhan ekonomi utama Malaysia.
Menurut Rancangan Malaysia Ke-12, ekonomi digital diunjurkan menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia menjelang 2025.
Siti Farhana Sheikh Yahya
Wed Jan 12 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berucap pada majlis perasmian Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo 2020 Dubai hari ini. - Gambar Astro AWANI/ Siti Farhana Sheikh Yahya
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Perubahan iklim boleh kurangkan KDNK Asia dan Pasifik sebanyak 17 peratus menjelang 2070 - ADB
Kenaikan paras laut dan penurunan produktiviti buruh dijangka menjadi punca utama kerugian, dengan negara berpendapatan rendah paling terkesan.
Banci Pertanian 2024 penggerak utama pembangunan ekonomi berasaskan pertanian
Banci Pertanian 2024 diharap menjadi penggerak utama dalam memastikan segala perancangan dan pelaksanaan untuk membangunkan ekonomi berasaskan pertanian dapat disegerakan.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan ketidaktentuan pilihan raya AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri.
Kerajaan salur pembiayaan RM6.35 bilion kepada lebih 260,000 usahawan setakat September 2024 - KUSKOP
Kerajaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.35 billion pembiayaan kepada 265,097 usahawan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat September tahun ini.
NRES giat bangunkan Dasar Mineral Negara Ketiga - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempergiat usaha memperkukuh kawal selia bagi industri mineral menerusi kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3).
Belanjawan 2025 beri sokongan padu terhadap sektor semikonduktor - Tengku Zafrul
Belanjawan 2025 memperuntukkan dana yang besar, fiskal dan bukan fiskal, bagi memastikan kejayaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.
Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.