DENGKIL: Malaysia akan terus bekerjasama dengan Liga Arab dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memantau perkembangan semasa konflik Palestin-Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita sekarang duduk (sedang) bekerjasama dengan OIC dan Liga Arab, tiap-tiap hari ada rundingan perkembangan semasa.
"Namun keutamaan kebanyakannya ialah soal kemanusiaan dan menghentikan serangan. Itu keutamaan negara Islam," katanya kepada media ketika ditemui selepas menjamu selera di Kedai Makan Ramli Corner di sini hari ini.
Anwar berkata demikian ketika ditanya adakah Malaysia akan memboikot Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersama dengan OIC dan Liga Arab, susulan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menolak resolusi gencatan senjata di kawasan konflik berkenaan yang diusulkan Rusia.
Beliau berkata Malaysia juga tegas dengan pendirian bahawa hak rakyat Palestin mesti dikembalikan meskipun UNSC gagal mencapai keputusan berhubung tindakan menghentikan peperangan itu.
"Kita tak peduli apa keputusan yang lain, tapi pendirian kita ialah hak rakyat Palestin mesti diberi. Soal tanah dia, harta dia, maruah dia. Yang segera ialah menghentikan serangan dan menyalurkan bantuan kemanusiaan, itu keutamaan kita sekarang.
"Kita terus adakan hubungan dan ambil tindakan bersama (dengan OIC dan Liga Arab), tetapi soal bantuan kemanusiaan, makanan, perubatan, itu kita segerakan dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi beri jaminan bahawa bantuan makanan, sebaik ada dari kerajaan (Malaysia), dia akan segerakan untuk pendaratan di Rafah," katanya.
Media melaporkan UNSC gagal mencapai kata sepakat mengenai resolusi gencatan senjata yang diusulkan oleh Russia.
Pada Persidangan UNSC berhubung konflik yang berlaku di wilayah Palestin itu, PBB melaporkan bahawa kegagalan itu disebabkan usul berkenaan tidak mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan negara anggota UNSC.
Dalam undian yang dibuat, usul itu hanya diterima oleh empat negara anggota iaitu Russia (pembawa usul), China, Gabon, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Usul itu ditolak oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, manakala sembilan negara anggota memutuskan untuk berkecuali iaitu Albania, Brazil, Ecuador, France, Ghana, Japan, Malta, Mozambique dan Switzerland.
Mengulas program Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan dakwaan ada kanak-kanak membawa pistol mainan semasa program itu berlangsung di sekolah, Anwar berkata perkara itu perlu dikawal.
"Tadi kita bincang di mesyuarat Kabinet, pertama kita galakkan (penganjuran program), tak paksa semua sekolah. Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah," katanya.
Sementara itu mengulas dakwaan sebuah syarikat tempatan bahawa harga beras masih tinggi di Malaysia kerana barang keperluan asas itu dimonopoli oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas), Anwar berkata setakat ini kerajaan dapat memastikan bahawa harga beras import Bernas masih terkawal dan mengikut harga antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Malaysia terus bekerjasama dengan Liga Arab dan negara anggota OIC untuk memantau perkembangan semasa konflik Palestin-Israel. - Reuters
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.