KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi untuk menjadi peneraju hab digital pilihan di rantau Asia Tenggara bagi syarikat luar yang berasaskan teknologi pada masa akan datang.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Malaysia sebelum ini telah pun menjadi destinasi pilihan kepada penyedia pemprosesan data kerana memiliki infrastruktur komunikasi dan keselamatan siber yang kukuh selain rakyat yang celik digital.
"...dan apabila saya dapat tahu syarikat teknologi konsumer yang berpangkalan di Shezhen, China, FreeYond memilih Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara untuk memasarkan produknya itu, ia sebagai petanda positif kepada Malaysia.
"Ia bukan sahaja memberi kesan dari segi pelaburan, tapi ini akan menjadikan Malaysia sebagai satu hab untuk banyak lagi produk yang lain berasaskan teknologi untuk datang ke Malaysia," katanya pada sidang media di sini hari ini selepas majlis pelancaran rasmi telefon dan jam pintar keluaran FreeYond.
Dalam majlis yang diadakan FreeYond, melancarkan dua telefon pintar baharu - M5 dan F9, dua jam tangan pintar - Watch S1 dan F1 dan satu set kepala True Wireless Stereo (TWS) - Pods 1.
Sementara itu Fahmi berkata hubungan ekonomi antara Malaysia-China khususnya mendatangkan impak positif apabila lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan terutama berkaitan bidang inovasi, teknologi dan kemahiran.
Beliau turut memaklumkan hubungan dua negara itu dijangka dapat diperkukuh lagi melalui lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara tersebut dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, Fahmi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa masalah capaian Internet dalam Malaysia akan dapat diselesaikan menjelang Jun ini dan kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bersama syarikat telekomunikasi sedang berusaha untuk mengatasi perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Fahmi Fadzil berkata Malaysia sebelum ini telah pun menjadi destinasi pilihan kepada penyedia pemprosesan data kerana memiliki infrastruktur komunikasi dan keselamatan siber yang kukuh selain rakyat yang celik digital. - Foto BERNAMA
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
Malaysia berpotensi jadi peneraju hab digital di rantau Asia Tenggara - Fahmi
Malaysia berpotensi untuk menjadi peneraju hab digital pilihan di rantau Asia Tenggara bagi syarikat luar yang berasaskan teknologi pada masa akan datang.