BEIJING: Malaysia berhasrat mengukuhkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China dan Pusat Pembangunan Makanan Hijau China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata kerjasama tersebut adalah berhubung dengan penerimaan bersama terhadap Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Skim Pensijilan Makanan Hijau China bagi menggalakkan pembangunan mampan.
Fadillah yang juga merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian setelah menghadiri perjumpaan bersama Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China Tang Renjian di sini, pada Khamis (17 Nov).
Perjumpaan bersama Tang itu sekali gus mengakhiri hari ketiga lawatan rasmi beliau ke Beijing.
"Perbincangan kami tertumpu kepada usaha meningkatkan perdagangan dan eksport minyak sawit serta produk berkaitannya ke China.
"Selain itu, saya turut menzahirkan penghargaan kepada China atas usaha menyokong kerjasama antara Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dan Pusat Pembangunan Makanan Hijau China, juga penerimaan terhadap skim MSPO," katanya menerusi ciapan di laman X milik beliau,
Sepanjang lawatan rasmi beliau di Beijing Fadillah turut mengadakan pertemuan dua hala ketiganya bersama Naib Premier Republik Rakyat China Ding Xuexiang dan melawat Akademi Sains Pertanian China (CAAS).
CAAS adalah sebuah organisasi penyelidikan saintifik bagi bidang pertanian yang menjalankan penyelidikan asas dan membangunkan teknologi baharu bagi menyelesaikan pelbagai cabaran dalam memajukan bidang pertanian dan memajukan ekonomi luar bandar China.
"Sebagai penyokong teguh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Malaysia komited dalam perhubungan serantau.
"Saya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada China dan Presiden Xi Jinping atas kejayaan menjadi tuan rumah bagi Forum Belt and Road Ketiga untuk Kerjasama Antarabangsa di Beijing.
"Ia juga bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China yang akan diraikan pada tahun depan yang mana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti," katanya.
Pada 2022, China mengimport sebanyak 3.14 juta tan minyak sawit dan produk berkaitan sawit dari Malaysia.
"Saya berharap China akan terus menyokong sektor minyak sawit Malaysia serta meningkatkan jumlah import kepada 3.4 juta tan metrik atau lebih pada 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
Fadillah mengadakan pertemuan bersama Tang di Beijing, 17 Nov 2023. - Foto Twitter Fadillah Yusof
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
#AWANIPagi
#AWANIPagi
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Kerjasama serantau amat penting bagi membuka potensi penuh tenaga ASEAN - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan menekankan pentingnya kerjasama serantau untuk membuka potensi tenaga ASEAN di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42.
PETRA komited transformasi sektor air sebagai hab dinamik ekonomi negara
PETRA memperkasakan tadbir urus air di semua peringkat untuk menjadikan bekalan air Malaysia sebagai hab dinamik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
Banjir Kedah: Kerajaan jamin pegawai bertanggungjawab akan pantau lebih teliti - TPM Fadillah
Kerajaan akan beri tumpuan pada bantuan kepada mangsa-mangsa banjir serta merangka pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir pada masa depan.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Fadillah dedah draf sebenar MoU peruntukan pembangkang
Timbalan Perdana Menteri tampil mendedahkan dua draf sebenar dokumen penyaluran peruntukan pembangkang yang masih menjadi kontroversi.
TPM, jemaah menteri ucap Selamat Hari Malaysia
Seluruh rakyat Malaysia diajak untuk terus menjaga hubungan baik antara kaum, memperkukuhkan perpaduan dan menanam semangat patriotik dalam jiwa setiap generasi muda.