KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran liputan rangkaian 5G sebanyak 80 peratus di kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang akhir tahun ini.
Setakat 31 Julai lepas, rangkaian 5G berada pada 66.8 peratus CoPA, manakala 4G telah mencapai 96.2 peratus CoPA di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Dalam ucapan perasmiannya di "Amplify Malaysia" Nokia, satu acara untuk mempamerkan visi penjenamaan serta teknologi terkini Nokia, beliau memberitahu firma telekomunikasi itu telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ini dengan menyampaikan rangkaian 5G kepada banyak negara yang telah melancarkan perkhidmatan 5G komersial.
"Adalah amat jelas bahawa teknologi menjadi alat penting dalam kehidupan seharian kita. Menjelang 2025, ekonomi digital Malaysia diunjur menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau lebih RM382 bilion selain mewujudkan setengah juta pekerjaan.
"Ekonomi digital memainkan peranan utama dalam rangka kerja Ekonomi Madani bagi mewujudkan pasaran yang lebih besar kepada rakyat Malaysia agar mereka tidak terikat dengan pasaran tempatan," katanya.
Kementerian Komunikasi dan Digital kini memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur yang diperlukan untuk merapatkan jurang digital serta menyediakan pakej Internet yang pantas dan berpatutan selain meningkatkan kemahiran celik digital negara.
Sementara itu, Pengarah Urusan Nokia Malaysia, Sri Lanka dan Maldives, Datuk Mohd Rauf Nasir berkata portfolio Nokia terbahagi kepada empat kategori iaitu infrastruktur rangkaian, rangkaian mudah alih, perkhidmatan awan, rangkaian serta teknologi Nokia.
"Semua perkhidmatan Nokia ini terdapat di Malaysia, terutamanya infrastruktur rangkaian yang terdiri daripada rangkaian IP, rangkaian tetap, rangkaian optik dan rangkaian bawah laut.
"Daripada segi penawaran kepada syarikat telekomunikasi di sini, kita juga memberikan banyak pilihan," katanya.
Melangkah ke hadapan, beliau berkata Nokia ingin mengambil bahagian sekiranya DNB memperkenalkan penyedia peralatan rangkaian kedua untuk penggunaan 5G di Malaysia selain Ericsson Sweden.
Nokia sudah mempunyai 303 tawaran 5G komersial di pasaran utama, seluruh dunia dengan 30 pengendali mudah alih teratas mengendalikan stesen pangkalan Nokia 4G/5G.
Nokia juga mempunyai lebih daripada 635 pelanggan tanpa wayar swasta komersial di pasaran global dengan lebih daripada 135 penggunaan radio 5G selain menjadi peneraju dalam pendigitalan industri menegak tradisional, katanya.
Mohd Rauf berkata menerusi 'Amplify Malaysia', Nokia mempamerkan strategi teknologinya, sekali gus, mengesahkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memacu serta mempercepatkan pertumbuhan digital, transformasi dan ekonomi Malaysia.
Dengan meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam inovasi di seluruh negara, Nokia memperkasakan perusahaan serta penyedia perkhidmatan komunikasi Malaysia untuk membuka keupayaan digital mereka dan menerima sepenuhnya peluang yang banyak yang dibentangkan oleh pendigitalan.
"Kita komited sebagai rakan kongsi dalam perjalanan transformasi digital Malaysia dengan melengkapkan perniagaan dengan keupayaan bagi mendorong matlamat digital mereka.
"Sebagai sebahagian daripada ini, kita berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan ekosistem perniagaan dalam memanfaatkan potensi rangkaian eksponen bagi mereka memacu kemajuan teknologi dan memperkenalkan kemampanan dalam landskap digital Malaysia.
"Dedikasi Nokia terletak pada usaha memperkasakan rakan kongsi dan pelanggan melalui penyelesaian misi kritikal firma bagi mewujudkan kehadiran transformatif untuk masa depan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Setakat 31 Julai lepas, rangkaian 5G berada pada 66.8 peratus CoPA, manakala 4G telah mencapai 96.2 peratus CoPA di seluruh negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.

Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.

Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.

Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik

TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.

Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.

Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.