KUALA LUMPUR: Perjalanan Malaysia ke arah menjadi hab serantau untuk pusat data didorong oleh gabungan faktor strategik termasuk kestabilan ekonomi dan ketersambungan yang kukuh.
Faktor-faktor ini membuka jalan untuk Malaysia menjadi lokasi sangat menarik untuk pelaburan berkaitan digital, kata Dekan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mohd Naz'ri Mahrin.
Beliau berkata permintaan yang semakin meningkat untuk AI, pengkomputeran awan, storan data dan teknologi berkaitan akan meningkatkan kedudukan Malaysia dengan ketara sebagai hab pusat data utama di Asia Tenggara.
Beliau berkata persekitaran ekonomi Malaysia yang stabil menyediakan suasana kondusif untuk pelaburan jangka panjang dengan asas industri kukuh dan tenaga kerja mahir untuk menyokong pertumbuhan industri pusat data.
"Malaysia dilihat menyediakan daya saing kos untuk pelaburan asing, menawarkan kos operasi lebih rendah berbanding negara jiran termasuk kos tanah dan buruh yang lebih rendah.
"Selain itu, negara juga mempunyai rangkaian kabel dasar laut yang luas dan sambungan gentian optik darat, memastikan sambungan internet berkelajuan tinggi dan boleh dipercayai kerana pelaburan berterusan dalam infrastruktur telekomunikasi meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab sambungan," kata Mohd Naz'ri kepada Bernama.
Baru-baru ini, Malaysia mengalu-alukan komitmen pelaburan daripada pelbagai syarikat teknologi terkemuka untuk membina pusat data mereka di sini, antaranya Google akan melabur US$2 bilion (US$1=RM4.71), Microsoft telah komited melabur sebanyak US$2.2 bilion dan Nvidia menjanjikan pelaburan US$4.3 bilion kerana ia bekerjasama dengan pemain tempatan, YTL Power International.
Mohd Naz'ri berpendapat kedudukan strategik Malaysia di Asia Tenggara menjadikannya hab ideal untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat di rantau ini termasuk Indonesia, Thailand dan Vietnam.
"Ekonomi digital Malaysia berkembang pesat, didorong oleh peningkatan penembusan internet, e-dagang, dan penggunaan perkhidmatan digital, manakala peningkatan kecerdasan buatan (AI), data besar dan pengkomputeran awan di rantau ini mewujudkan permintaan tinggi untuk kapasiti pusat data," katanya.
Menyuarakan sentimen yang sama, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Profesor Dr Yeah Kim Leng berkata kelebihan perbandingan Malaysia sebagai hab pusat data termasuk tanah yang luas dengan infrastruktur pengangkutan dan komunikasi berkualiti, ditambah dengan ketersediaan bekalan elektrik kos efektif dan boleh dipercayai.
"Faktor penyumbang lain termasuk bencana alam dan perubahan iklim yang agak rendah, akses kepada pekerja mahir dan dapat berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, dasar mesra pelabur, seiring dengan aspirasi ekonomi digital negara," katanya.
Limpahan ekonomi daripada pelaburan pusat data
Menurut Mohd Naz'ri, permintaan terhadap pusat data telah membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkat dalam ekonomi digital.
"Menggalakkan penggunaan AI dan pembelajaran mesin merentas industri akan memacu kecekapan, inovasi dan daya saing manakala inisiatif dan insentif kerajaan untuk menyokong permulaan AI dan institusi penyelidikan akan memupuk ekosistem AI yang aktif.
"Pelaburan berterusan dalam membina pusat data tercanggih akan menjadi penting untuk pelaburan infrastruktur supaya Malaysia dapat menarik lebih banyak syarikat teknologi global dengan menawarkan penyelesaian pusat data boleh dipercayai, berskala dan kos efektif," katanya.
Mohd Naz'ri berkata kehadiran pusat data akan menarik syarikat teknologi lain, memupuk pertumbuhan ekosistem teknologi maklumat (IT) tempatan.
"Permintaan untuk perkhidmatan IT seperti pengurusan rangkaian, keselamatan siber dan analitik data akan meningkat, memberikan peluang kepada syarikat IT tempatan dan syarikat pemula niaga.
"Pusat data juga secara langsung mewujudkan pekerjaan dalam operasi, penyelenggaraan dan keselamatan. Dalam pada itu, mereka menjana pekerjaan tidak langsung dalam industri sokongan seperti pembersihan, katering dan logistik," katanya.
Yeah berpendapat membina pusat data melibatkan kejuruteraan dan peralatan khusus telah memanfaatkan kedua-dua peralatan elektronik industri dan industri pembinaan.
"Sektor hartanah bersama pembekal dan penyedia perkhidmatan juga dijangka mengalami permintaan lebih kukuh menerusi kemasukan ekspatriat dan pekerja tempatan seterusnya meningkatkan ekonomi tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Menurut Mohd Naz'ri, permintaan terhadap pusat data telah membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkat dalam ekonomi digital. - Gambar hiasan/Unsplash

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google
Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Google Play Store mula beri amaran tidak muat turun aplikasi kurang popular
Amaran ini hanya sebagai konteks yang ada aplikasi alternatif dan tidak bermakna aplikasi ini berbahaya untuk digunakan.

Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.

Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.

China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.

Google Search kini ada permainan mini 'Block Breaker'
Buka sahaja Google Search dan cari Block Breaker, akan ada kad memaparkan permainan ini bersama-sama dengan koleksi permainan yang lain.

Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Perubahan itu hanya akan dapat dilihat di AS, tetapi masih kekal sebagai Teluk Mexico di Mexico.