KUALA TERENGGANU: Kerajaan dijangka melancarkan satelit remote sensing (penderiaan jauh angkasa) milik negara dalam tempoh dua tahun lagi.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata pelaksanaan tersebut kini di peringkat permintaan cadangan (RFP) untuk dikeluarkan kepada pembida yang berminat pada Mei depan.
"RFP ni maksudnya kita dah lengkapkan segala maklumat dan spesifikasi yang diperlukan pada satelit berkenaan untuk dikemukakan kepada pembida.
"Seterusnya pihak pembida akan menghantar cadangan satelit masing-masing kepada kerajaan untuk dinilai mengikut tahap teknologi terbaik dalam ruang lingkup kos yang diperuntukkan," katanya selepas meninjau Program Jualan Ayam Murah Parlimen Kuala Terengganu di Pasar Cabang Tiga di sini, pada Sabtu.
Menurutnya, pelancaran satelit baharu itu dilihat amat perlu memandangkan dua satelit sedia ada telah mencapai tarikh luput dan tidak boleh digunakan.
Ahmad Amzad berkata pada masa ini kerajaan terpaksa bergantung kepada satelit luar untuk mendapatkan data bagi kegunaan pelbagai agensi dan ia melibatkan perbelanjaan kewangan yang besar.
"Remote sensing ini adalah penyediaan data jarak jauh yang digunakan oleh banyak agensi dalam kerajaan.
"Sebaiknya untuk kerajaan memiliki satelit sendiri kerana ada sebahagian data remote sensing bersifat sensitif dan perlu dilindungi kerajaan," katanya.
Katanya lagi, kewujudan satelit itu mungkin juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan ramalan bencana seperti tanah runtuh yang kerap berlaku akhir-akhir ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022

Ahmad Amzad berkata pelaksanaan tersebut kini di peringkat permintaan cadangan (RFP) untuk dikeluarkan kepada pembida yang berminat pada Mei depan. -Gambar fail/Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia bakal lancar satelit 'remote sensing' dua tahun lagi
Pelaksanaan tersebut kini di peringkat permintaan cadangan (RFP) untuk dikeluarkan kepada pembida yang berminat pada Mei depan.