Malaysia mengasingkan diri daripada Kenyataan Pengerusi ASEAN mengenai Situasi Kemanusiaan di Wilayah Rakhine yang dikeluarkan di New York, semalam kerana berpendapat ia memberi gambaran yang salah mengenai realiti keadaan.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kenyataan itu tidak berdasarkan konsensus memandangkan Malaysia telah menyatakan kebimbangannya berhubung isu itu tetapi dokumen tersebut tidak mencerminkan keadaan itu.
"Kenyataan itu juga tidak menyatakan etnik Rohingya sebagai satu daripada komuniti yang terjejas.
"Walaupun Malaysia mengutuk serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar pada 25 Ogos yang dilancarkan oleh kumpulan yang menggelar Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), operasi pembersihan berikutnya oleh pihak berkuasa Myanmar adalah tidak wajar kerana ia telah mengakibatkan kematian ramai orang awam yang tidak bersalah dan lebih 400,000 etnik lari meninggalkan negara itu.
"Malaysia melahirkan kebimbangan yang amat berat mengenai kekejaman yang telah mencetuskan krisis kemanusiaan berskala besar yang dunia tidak dapat mengabaikannya tetapi harus mengambil tindakan untuk menanganinya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Anifah mengulas kenyataan Pengerusi ASEAN mengenai Situasi Kemanusiaan di Wilayah Rakhine yang antara lain menyatakan bahawa Menteri-menteri Luar ASEAN mengutuk serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar pada 25 Ogos 2017 dan semua tindakan keganasan yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam, kemusnahan rumah dan pemindahan sebilangan besar penduduk.
Kenyataan Pengerusi juga menyatakan bahawa Menteri-menteri Luar ASEAN bersedia untuk menyokong Kerajaan Myanmar dalam usaha mewujudkan keamanan, kestabilan, kedaulatan undang-undang dan memupuk keharmonian dan perdamaian antara pelbagai komuniti serta pembangunan yang berkekalan lagi adil di Wilayah Rakhine.
Anifah berkata, Malaysia menggesa dengan sekeras-kerasnya Kerajaan Myanmar untuk menamatkan keganasan, menghentikan kemusnahan kehidupan dan harta benda, membenarkan akses tanpa halangan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Muslim Rohingya dan semua komuniti yang terjejas, dan menangani masalah pelarian Rohingya.
Beliau berkata penyelesaian jangka panjang yang berkekalan terhadap punca konflik tersebut harus dicari untuk membolehkan masyarakat Rohingya dan komuniti lain yang terhejas dapat membina semula kehidupan mereka.
"Kita juga menggesa Myanmar memenuhi komitmennya untuk segera melaksanakan cadangan-cadangan muktamad Suruhanjaya Penasihat Wilayah Rakhine.
"Malaysia sebagai memenuhi peranannya telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Bangladesh pada 9 Sept 2017 dan akan meneruskan penghantaran lebih banyak bantuan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2017

Anifah berkata, Malaysia menggesa Kerajaan Myanmar menamatkan keganasan, menghentikan kemusnahan kehidupan dan harta benda, membenarkan akses tanpa halangan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Muslim Rohingya. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.

PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.